CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hannah Delisha Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Suami Kini Bergolak – “Kami Sebenarnya…”

19-1-2026 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3977| Komen: 37

 



Pelakon Hannah Delisha menafikan dakwaan kononnya rumah tangganya bersama suami, Imam Shah, sedang bergolak.

Menurut Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, kekeliruan itu berkemungkinan timbul kerana pihak hotel tidak mengetahui nama sebenarnya. Jelasnya, tempahan hotel berkenaan dibuat oleh suaminya sebagai satu kejutan.


“Lah, yang booked bilik itu Imam, dia book atas nama saya. So for some reason saya rasa hotel tidak tahu jadi mereka letaklah Miss Hanna, itu sahaja sebenarnya.”

“Kami sebenarnya sambut tahun baharu sama-sama, cuma yang booked Imam. Ia sebenarnya adalah kejutan dan saya tidak tahu mengenai perkara tersebut. Dia mungkin booked hotel itu atas nama saya dan nama saya bukan Hannah Delishalah dalam tu jadi saya rasa mereka tidak tahu. That’s why they ah call it… call me as ah, Miss Hanna,” katanya.

Hannah berkata demikian ketika ditemui di acara Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026 pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Andai Itu Takdirnya mengakui dirinya lebih selesa untuk berdiam diri daripada menjelaskan secara terperinci hal kehidupan peribadi kepada umum.

“Saya rasa pengikut saya tahu yang saya tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi melainkan pasal kerja. Tapi kadang-kadang saya akan kongsi sahaja selain kerja. So itulah, kita pun nak New Year juga kan. Tapi, simple-simple je, kat dalam hotel, chill, gim, makan. Banyak makan jelah sebenarnya.”

Terdahulu, seorang pengikut mempersoalkan status rumah tangga Hannah selepas dia berkongsi gambar bercuti di sebuah hotel mewah baru-baru ini.

Untuk rekod, Hannah dan Imam disatukan dalam sebuah majlis kecil-kecilan yang berlangsung secara tertutup di Singapura pada 18 Februari 2021, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak.

Sumber: Beautifulnara
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 19-1-2026 12:07 PM


[youtube]Lw_qrIewQxc?si=zCziDC6Z7eo8BzFU[/youtube]




Quote KamikuP 19-1-2026 12:13 PM
OMG ni pun jadik citer?
Quote prince_marhaen 19-1-2026 01:56 PM
Haaa??? tak paham...
Laki kau book hotel, pakai nama kau - Hanna (takde H),
Pastu staff hotel panggil kau Miss Hanna?
Pastu post gambar bercuti kat hotel mewah....so? apa yang kontroversinya?
Orang ingat laki dia checkin ngan pompuan lain ke?
Orang ingat dia checkin ngan laki lain ke?

Ape ni...!!!
Quote Missjass 19-1-2026 02:04 PM
prince_marhaen replied at 19-1-2026 01:56 PM
Haaa??? tak paham...
Laki kau book hotel, pakai nama kau - Hanna (takde H),
Pastu staff hotel panggi ...

dia post dekat story ke miss hanna tu ke dah delete? Sbb i tgk dkt feed dia yang bercuti dekat hotel tu tulis Ms birch
Quote prince_marhaen 19-1-2026 02:06 PM
Missjass replied at 18-1-2026 08:04 PM
dia post dekat story ke miss hanna tu ke dah delete? Sbb i tgk dkt feed dia yang bercuti dekat hot ...

Tu lah, kalau Ms.Birch tu kan surname omputih bapak dia....kenapa kena persoalkan pulak..tak paham.. ke dia tuduh laki dia checkin pulak? ahahahahahahah
Quote sukanyanyi 19-1-2026 02:10 PM
Missjass replied at 19-1-2026 02:04 PM
dia post dekat story ke miss hanna tu ke dah delete? Sbb i tgk dkt feed dia yang bercuti dekat hot ...

Aah tgk jgk nota tulis ms birch tu. Yg meols terbaca org kat tred sebok kritik mase tu pasal pakaian sheols je
Quote tipah89 19-1-2026 02:17 PM
dia try explain sbb org speku laki dia mencurang kot, laki dia check in guna nama yg ada surname birch tu sedangkan actually tu nama dia n laki dia booking hotel tu guna nama dia, surprise utk dia katanya... entahla aku pun pening. tapi Kalau da stay kt hotel sama2, book tu x ble guna nama sendiri ke.
Quote LadyCarefree 19-1-2026 02:46 PM
Laki dia ni red flag besar sungguh. Dahlah rupa xhensem langsung.
Quote belilies 19-1-2026 03:07 PM
LadyCarefree replied at 19-1-2026 02:46 PM
Laki dia ni red flag besar sungguh. Dahlah rupa xhensem langsung.

Betul. So kalu deyols cerai pun tak heran.
Quote Missjass 19-1-2026 04:00 PM
sukanyanyi replied at 19-1-2026 02:10 PM
Aah tgk jgk nota tulis ms birch tu. Yg meols terbaca org kat tred sebok kritik mase tu pasal pakai ...

haah dekat komen orang tegur pakaian dia sbb ketat sangat, ada jugak la yang komen are she divorced sbb biasa kan retis2 yang pakai tudung lepas kahwin ni bila dah start menyeksi tu tanda2 dah cerai
Quote supernaturalee 19-1-2026 04:11 PM
LadyCarefree replied at 19-1-2026 02:46 PM
Laki dia ni red flag besar sungguh. Dahlah rupa xhensem langsung.

comel cam budak2



Quote lolipopmanish 19-1-2026 05:05 PM
LadyCarefree replied at 19-1-2026 02:46 PM
Laki dia ni red flag besar sungguh. Dahlah rupa xhensem langsung.

Dari segi apa redflag tu? (nada ingin tahu)
Quote jambatannetizen 19-1-2026 09:06 PM
LadyCarefree replied at 19-1-2026 02:46 PM
Laki dia ni red flag besar sungguh. Dahlah rupa xhensem langsung.

Hannah ni cantik. Tapi bole x i nk kata hanna ni bodoh. Rupa ada, package ada kau gi tone down penampilan and cari laki mcm ini?
Quote mawarberbisa 20-1-2026 01:11 AM
dh banyak kali news rumatangga dorang problem
Quote makadek 20-1-2026 02:07 AM
dia ni mix yg menjadi elok ....mcm anak patung
Quote nisako 20-1-2026 08:01 AM
hmmmmmm
Quote caprisonne 20-1-2026 08:08 AM
Menyibuk ekk netizen ni.. semak
Quote izzah_mia 20-1-2026 10:50 AM
makadek replied at 20-1-2026 02:07 AM
dia ni mix yg menjadi elok ....mcm anak patung

cantikkan hannah ni...suka betul tengok dia.
Quote mizterpaling88 20-1-2026 04:23 PM
cantik jugak hannah

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.137686 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top