Pelakon Hannah Delisha menafikan dakwaan kononnya rumah tangganya bersama suami, Imam Shah, sedang bergolak.
Menurut Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, kekeliruan itu berkemungkinan timbul kerana pihak hotel tidak mengetahui nama sebenarnya. Jelasnya, tempahan hotel berkenaan dibuat oleh suaminya sebagai satu kejutan.
“Lah, yang booked bilik itu Imam, dia book atas nama saya. So for some reason saya rasa hotel tidak tahu jadi mereka letaklah Miss Hanna, itu sahaja sebenarnya.”
“Kami sebenarnya sambut tahun baharu sama-sama, cuma yang booked Imam. Ia sebenarnya adalah kejutan dan saya tidak tahu mengenai perkara tersebut. Dia mungkin booked hotel itu atas nama saya dan nama saya bukan Hannah Delishalah dalam tu jadi saya rasa mereka tidak tahu. That’s why they ah call it… call me as ah, Miss Hanna,” katanya.
Hannah berkata demikian ketika ditemui di acara Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026 pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Andai Itu Takdirnya mengakui dirinya lebih selesa untuk berdiam diri daripada menjelaskan secara terperinci hal kehidupan peribadi kepada umum.
“Saya rasa pengikut saya tahu yang saya tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi melainkan pasal kerja. Tapi kadang-kadang saya akan kongsi sahaja selain kerja. So itulah, kita pun nak New Year juga kan. Tapi, simple-simple je, kat dalam hotel, chill, gim, makan. Banyak makan jelah sebenarnya.”
Terdahulu, seorang pengikut mempersoalkan status rumah tangga Hannah selepas dia berkongsi gambar bercuti di sebuah hotel mewah baru-baru ini.
Untuk rekod, Hannah dan Imam disatukan dalam sebuah majlis kecil-kecilan yang berlangsung secara tertutup di Singapura pada 18 Februari 2021, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak.
Haaa??? tak paham...
Laki kau book hotel, pakai nama kau - Hanna (takde H),
Pastu staff hotel panggil kau Miss Hanna?
Pastu post gambar bercuti kat hotel mewah....so? apa yang kontroversinya?
Orang ingat laki dia checkin ngan pompuan lain ke?
Orang ingat dia checkin ngan laki lain ke?
Tu lah, kalau Ms.Birch tu kan surname omputih bapak dia....kenapa kena persoalkan pulak..tak paham.. ke dia tuduh laki dia checkin pulak? ahahahahahahah
dia try explain sbb org speku laki dia mencurang kot, laki dia check in guna nama yg ada surname birch tu sedangkan actually tu nama dia n laki dia booking hotel tu guna nama dia, surprise utk dia katanya... entahla aku pun pening. tapi Kalau da stay kt hotel sama2, book tu x ble guna nama sendiri ke.
Post time 19-1-2026 04:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sukanyanyi replied at 19-1-2026 02:10 PM
Aah tgk jgk nota tulis ms birch tu. Yg meols terbaca org kat tred sebok kritik mase tu pasal pakai ...
haah dekat komen orang tegur pakaian dia sbb ketat sangat, ada jugak la yang komen are she divorced sbb biasa kan retis2 yang pakai tudung lepas kahwin ni bila dah start menyeksi tu tanda2 dah cerai