|
MADRID: Perlanggaran dua kereta api berkelajuan tinggi yang membawa ratusan penumpang di wilayah Cordoba, selatan Sepanyol semalam, mengorbankan 21 orang setakat ini, manakala lebih 70 yang lain cedera.
Kejadian berlaku apabila sebuah kereta api dari Malaga ke Madrid tergelincir berhampiran Adamuz, sebelum memasuki landasan bertentangan dan merempuh sebuah lagi kereta api yang datang dari arah bertentangan. Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dan Ratu Letizia menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut, selain harapan kepada mereka yang cedera untuk segera pulih. Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez di laman sosial X menyifatkan tragedi itu sebagai malam penuh duka. Susulan tragedi itu, badan pengendali rel mengumumkan perkhidmatan kereta api laju antara Madrid dan Cordoba, Seville, Malaga serta Huelva digantung bagi memberi laluan kepada siasatan dan kerja pemulihan. – AFP Sumber: Buletin TV3
|

ADVERTISEMENT