|
View: 355|Reply: 3
|
2 kereta api berlanggar di Sepanyol, 21 maut 70 yang lain cedera
[Copy link]
|
|
|
MADRID: Perlanggaran dua kereta api berkelajuan tinggi yang membawa ratusan penumpang di wilayah Cordoba, selatan Sepanyol semalam, mengorbankan 21 orang setakat ini, manakala lebih 70 yang lain cedera.
Kejadian berlaku apabila sebuah kereta api dari Malaga ke Madrid tergelincir berhampiran Adamuz, sebelum memasuki landasan bertentangan dan merempuh sebuah lagi kereta api yang datang dari arah bertentangan.
Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dan Ratu Letizia menzahirkan takziah
kepada keluarga mangsa yang maut, selain harapan kepada mereka yang cedera untuk segera pulih.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez di laman sosial X menyifatkan tragedi itu sebagai malam penuh duka.
Susulan tragedi itu, badan pengendali rel mengumumkan perkhidmatan kereta api laju antara Madrid dan Cordoba, Seville, Malaga serta Huelva digantung bagi memberi laluan kepada siasatan dan kerja pemulihan. – AFP
Sumber: Buletin TV3 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat kt youtube ada compilation train langgar2
scary weyh
mcm ni pun mesti horror
21 org terkorban...so far... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mengerikan  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|