CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Terus Sorok Serunding Sebab Malu Makan Dalam First Class’ – Pramugari Kongsi Kisah Mencuit Hati Bertemu Siti Nurhaliza

16-1-2026 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 998| Komen: 6

 



Seorang pramugari yang bertugas di penerbangan ‘First Class’ berkongsi pengalaman bertemu Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pramugari yang dikenali sebagai Rodzaimie menyifatkan pelantun lagu ‘Percayalah’ itu sebagai seorang yang rendah diri.


"Masa kerja first class itu, salah satunya Siti Nurhaliza.

Dia sangat baik. Ketika itu flight penuh dan delay sebab semua kru nak tangkap gambar dengan Siti.

Tapi Siti sangat merendah diri."

Selain itu, Rodzaimie berkongi kisah mencuit hati apabila Siti atau mesra disapa Tok Ti menjamah serunding dalam penerbangan ‘First class’.

"Dan yang saya ingat, Siti makan serunding ketika itu. Saya tengah nak kutip cawan tiba-tiba dia sorok.

Saya bagitahu Siti boleh teruskan makan serunding. Tapi dia malu sebab duduk dalam first class kan.

Dan selepas itu, Siti kongsi serunding dengan kabin kru."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen percaya penyanyi berusia 47 tahun itu kekal relevan sehingga hari ini ekoran sifatnya yang tidak sombong walau di mana sahaja dia berada.


 


Sumber: TikTok @Zarul Umbrella, Oh Bulan
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-1-2026 04:19 PM
Meolls pernah jumpa dan salam ngan Siti...wangii cuollss
Quote L.U.S.M 16-1-2026 06:01 PM
Aku pun penah jumpa tokti tp xtegur pun la..just tgk gitu je...hahahaha
Quote zeitabaei 16-1-2026 06:41 PM
rahsia kejayaan dia ialah
1 - lagu baru x pernah putus

2 - mmg humble dan dia x berkira nak nyanyi atau diminta bergambar  jika dihulur /diminta dimana2 pun walaupun time kenduri /open house /buskers walaupun ketika dia bersama keluarga  etc
Quote emera 16-1-2026 07:39 PM
KamikuP replied at 16-1-2026 04:19 PM
Meolls pernah jumpa dan salam ngan Siti...wangii cuollss

Wehhh kawan aku jumpa sitot dlm lif, pun kata dia wangi semerbak.
Quote imransulaiman 17-1-2026 07:21 AM
Dengan TokTi lah aku pernah mengalami "starstruck"...hahahaha! Nampak dia depan mata, satu flight pulak tu, aku hilang kata-kata. Aku tengok renung tenung pandang tak berkedip. Yang keluar dari mulut aku (dengan nada berbisik) - cantiknya Sitiiii...!
Tiba-tiba ada suara menjawab - KAN???
Rupanya akak stranger yang duduk sebelah aku dengar! Hahahaha!
Quote drivethru 17-1-2026 08:42 AM
Sebab dia tak menDIVA lah dah beberapa kali jumpa kat giant BA. Baju acik2 gomen sangat.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.032089 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top