|
View: 780|Reply: 6
|
‘Terus Sorok Serunding Sebab Malu Makan Dalam First Class’ – Pramugari Kongsi Kisah Mencuit Hati Bertemu Siti Nurhaliza
[Copy link]
|
|
|
Seorang pramugari yang bertugas di penerbangan ‘First Class’ berkongsi pengalaman bertemu Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pramugari yang dikenali sebagai Rodzaimie menyifatkan pelantun lagu ‘Percayalah’ itu sebagai seorang yang rendah diri.
"Masa kerja first class itu, salah satunya Siti Nurhaliza.
Dia sangat baik. Ketika itu flight penuh dan delay sebab semua kru nak tangkap gambar dengan Siti.
Tapi Siti sangat merendah diri."
Selain itu, Rodzaimie berkongi kisah mencuit hati apabila Siti atau mesra disapa Tok Ti menjamah serunding dalam penerbangan ‘First class’.
"Dan yang saya ingat, Siti makan serunding ketika itu. Saya tengah nak kutip cawan tiba-tiba dia sorok.
Saya bagitahu Siti boleh teruskan makan serunding. Tapi dia malu sebab duduk dalam first class kan.
Dan selepas itu, Siti kongsi serunding dengan kabin kru."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen percaya penyanyi berusia 47 tahun itu kekal relevan sehingga hari ini ekoran sifatnya yang tidak sombong walau di mana sahaja dia berada.
Sumber: TikTok @Zarul Umbrella, Oh Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Meolls pernah jumpa dan salam ngan Siti...wangii cuollss |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun penah jumpa tokti tp xtegur pun la..just tgk gitu je...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rahsia kejayaan dia ialah
1 - lagu baru x pernah putus
2 - mmg humble dan dia x berkira nak nyanyi atau diminta bergambar jika dihulur /diminta dimana2 pun walaupun time kenduri /open house /buskers walaupun ketika dia bersama keluarga etc |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 16-1-2026 04:19 PM
Meolls pernah jumpa dan salam ngan Siti...wangii cuollss
Wehhh kawan aku jumpa sitot dlm lif, pun kata dia wangi semerbak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan TokTi lah aku pernah mengalami "starstruck"...hahahaha! Nampak dia depan mata, satu flight pulak tu, aku hilang kata-kata. Aku tengok renung tenung pandang tak berkedip. Yang keluar dari mulut aku (dengan nada berbisik) - cantiknya Sitiiii...!
Tiba-tiba ada suara menjawab - KAN???
Rupanya akak stranger yang duduk sebelah aku dengar! Hahahaha! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab dia tak menDIVA lah dah beberapa kali jumpa kat giant BA. Baju acik2 gomen sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|