CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Musuh nyata’ UMNO wujud dalam kerajaan – Dr. Akmal

16-1-2026 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 483| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO secara terbuka menyatakan kewujudan “musuh nyata” yang berada dalam pasukan kerajaan hari ini khususnya pihak yang berulang kali mencabar perkara asas berkaitan Melayu dan Islam.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Salleh berkata, Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri apabila prinsip, maruah agama dan bangsa terus dipijak.

“Musuh itu mencabar agama, mempersoalkan institusi dan memperlekeh simbol. Bila orang Melayu bangkit mempertahankan diri, kitalah yang dituduh melampau,” katanya.

Beliau merujuk beberapa isu sensitif termasuk kalimah Allah, halal, bendera terbalik, arak di majlis rasmi serta tuntutan UEC yang menurutnya sering mencetuskan kemarahan umat Islam.

“Pertahankan Perlembagaan bukan rasis. Yang mempertikaikan Perlembagaan, itulah yang sebenarnya racist,” katanya.

Dalam masa sama, Dr. Muhamad Akmal menggesa UMNO kembali memimpin agenda Penyatuan Melayu bermula dengan penyatuan dalaman parti, termasuk membuka semula pintu kepada ahli yang pernah digantung atau disingkirkan.

Beliau turut mengumumkan hasrat Pemuda UMNO untuk menggerakkan Tekad Ummah, termasuk menganjurkan Himpunan Tekad Ummah sebagai platform menyatukan parti politik Melayu, NGO dan kelompok masyarakat.

“Ini bukan himpunan kebencian. Ini himpunan kesedaran. Pemuda UMNO bersedia memimpin dari hadapan,” katanya.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 16-1-2026 02:16 PM
Wayang la kau akmal...

Letak jawatan exco bukan adun...lepas tu main isu kaum... sbnrnya just nk UNDI rakyat pru xlama lagi kan
Quote Decaffeinated 16-1-2026 03:24 PM
Ya lah ko tak rasis, yang rasis tu perlembagaan. Ko cuma menunggang ja... kan?

Dah zaman internet social media ni laku lagi ka retorik kaum ko tu, we'll see lah.
Quote adelea 17-1-2026 12:13 PM
Edited by adelea at 17-1-2026 12:15 PM

Orang melayu yg suka ckp melayu main isu rasis kebanyakan  x paham rasa perasaan bila and kenapa org tu pilih nak jadi rasis … org org melayu macam ni la penyebab byk rex tan tu wujud.. lagipun makan kenyang tido lena  tak berperang zaman nak merdeka … ckp pon ikut sedap mulut jahhhh …

p/s : kenapa PIK kat jakarta tenggelam ?
Quote ZORRO5555 17-1-2026 11:07 PM
Mangkuk...
Quote alesandra 17-1-2026 11:17 PM
kesian.....tapi masih sombong .takpe teruskan
Quote Minami2013 18-1-2026 12:35 AM
Tu ha presiden depan mata, suh la letak jawatan sbb bersekongkol dgn musuh ameno.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.398284 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top