|
View: 507|Reply: 6
|
‘Musuh nyata’ UMNO wujud dalam kerajaan – Dr. Akmal
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO secara terbuka menyatakan kewujudan “musuh nyata” yang berada dalam pasukan kerajaan hari ini khususnya pihak yang berulang kali mencabar perkara asas berkaitan Melayu dan Islam.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Salleh berkata, Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri apabila prinsip, maruah agama dan bangsa terus dipijak.
“Musuh itu mencabar agama, mempersoalkan institusi dan memperlekeh simbol. Bila orang Melayu bangkit mempertahankan diri, kitalah yang dituduh melampau,” katanya.
Beliau merujuk beberapa isu sensitif termasuk kalimah Allah, halal, bendera terbalik, arak di majlis rasmi serta tuntutan UEC yang menurutnya sering mencetuskan kemarahan umat Islam.
“Pertahankan Perlembagaan bukan rasis. Yang mempertikaikan Perlembagaan, itulah yang sebenarnya racist,” katanya.
Dalam masa sama, Dr. Muhamad Akmal menggesa UMNO kembali memimpin agenda Penyatuan Melayu bermula dengan penyatuan dalaman parti, termasuk membuka semula pintu kepada ahli yang pernah digantung atau disingkirkan.
Beliau turut mengumumkan hasrat Pemuda UMNO untuk menggerakkan Tekad Ummah, termasuk menganjurkan Himpunan Tekad Ummah sebagai platform menyatukan parti politik Melayu, NGO dan kelompok masyarakat.
“Ini bukan himpunan kebencian. Ini himpunan kesedaran. Pemuda UMNO bersedia memimpin dari hadapan,” katanya.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wayang la kau akmal...
Letak jawatan exco bukan adun...lepas tu main isu kaum... sbnrnya just nk UNDI rakyat pru xlama lagi kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya lah ko tak rasis, yang rasis tu perlembagaan. Ko cuma menunggang ja... kan?
Dah zaman internet social media ni laku lagi ka retorik kaum ko tu, we'll see lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adelea at 17-1-2026 12:15 PM
Orang melayu yg suka ckp melayu main isu rasis kebanyakan x paham rasa perasaan bila and kenapa org tu pilih nak jadi rasis … org org melayu macam ni la penyebab byk rex tan tu wujud.. lagipun makan kenyang tido lena tak berperang zaman nak merdeka … ckp pon ikut sedap mulut jahhhh …
p/s : kenapa PIK kat jakarta tenggelam ? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian.....tapi masih sombong .takpe teruskan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu ha presiden depan mata, suh la letak jawatan sbb bersekongkol dgn musuh ameno. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|