|
Pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila lantang mengenai isu nafkah anak serta mendakwa sudah banyak mengumpul bukti. Menerusi hantaran di Threads, Rita berkata dia akan mengutip segala hutang serta memberi bayangan menunggu masa sesuai untuk bertindak. “Sis pun banyak dah kumpul. Sesen duit anak-anak aku memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. Tunggu waktu kemuncak saya muncul. “Sekarang bagi mereka seronok dulu. Janji Allah itu pasti. Yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak-beranak, saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat,” tulisnya. Difahamkan, Rita memberi respon kepada hantaran seorang individu berkenaan kisah jirannya suami culas nafkah serta menyimpan segala resit dan bukti perbelanjaan untuk tuntutan di masa akan datang dan apabila jumlah semakin besar. Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menyokong kenyataan aktres itu untuk menuntut nafkah anak-anak. Untuk rekod, mahkamah memerintahkan Aidil Zafuan membayar RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015. Sumber : Rotikaya
|

Buritan replied at 12-1-2026 12:01 PM
Aku salahkan pejabat agame.. Lembap.. Nak potong gaji laki tuu pun susah bebeno.. Sian pd ibu tungga ...
afie_m replied at 12-1-2026 03:26 PM
napa dia org tak nak mudahkan urusan ibu2 ni ya, susah sangat ke nak buat pemotongan gaji utk nafk ...
Minami2013 replied at 12-1-2026 12:19 PM
Entah2 ritarude ni ha yg sebenarnya kena mintak maaf dgn org
Kalau betul aidil culas nafk ...
Buritan replied at 12-1-2026 07:38 AM
Tu laa.. Kwn aku cite nak dpt potongan gaji tuu kena asben yg pi sana.. Mmg tak laa.. Kalo dia btg ...
cupu replied at 12-1-2026 08:38 AM
Setakat ni rekod dia cemerlang jgk. Keras dia benda betul. Tgk jela isu vaksin covic????
Isu mara ...

MatDeghem replied at 12-1-2026 10:06 AM
Ikut lah cara singapura. Culas bayar nafkah anak...tak lepas kat airport.
Mana ostad² dan ostajah ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.246577 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.