CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2653|Reply: 45

“Memang Aku Kutip Segala Hutang Sampai Licin Segala Bulu…Tunggu” - Rita Rudaini

[Copy link]
Post time 12-1-2026 10:24 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila lantang mengenai isu nafkah anak serta mendakwa sudah banyak mengumpul bukti.

Menerusi hantaran di Threads, Rita berkata dia akan mengutip segala hutang serta memberi bayangan menunggu masa sesuai untuk bertindak.






“Sis pun banyak dah kumpul. Sesen duit anak-anak aku memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. Tunggu waktu kemuncak saya muncul.

“Sekarang bagi mereka seronok dulu. Janji Allah itu pasti. Yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak-beranak, saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat,” tulisnya.

Difahamkan, Rita memberi respon kepada hantaran seorang individu berkenaan kisah jirannya suami culas nafkah serta menyimpan segala resit dan bukti perbelanjaan untuk tuntutan di masa akan datang dan apabila jumlah semakin besar.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menyokong kenyataan aktres itu untuk menuntut nafkah anak-anak.

Untuk rekod, mahkamah memerintahkan Aidil Zafuan membayar RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 10:43 AM | Show all posts
tuntut jangan tak tuntut
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku salahkan pejabat agame.. Lembap.. Nak potong gaji laki tuu pun susah bebeno.. Sian pd ibu tunggal kena tggung anak anak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila lama lama aku tengok.. Org ugame ni tau berckp aje.. Keje satu habuk pun tak buat.. Pemimpin plk kalo parti pas tuu pun tauu berckp jugak..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 12:06 PM | Show all posts
Elok la.. moga dipermudahkn urusan.. amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 ritarude ni ha yg sebenarnya kena mintak maaf dgn org

Kalau betul aidil culas nafkah, selayaknya di tuntut hak anak2.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2026 12:19 PM | Show all posts
tacoodddddd....

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 12:22 PM | Show all posts
ok tak sabar, mesti keluar semua bukti2 nnt... portal2 sampah jgn skip pulak bukti2 yg bakal londeh depan Hakim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 03:26 PM | Show all posts
Buritan replied at 12-1-2026 12:01 PM
Aku salahkan pejabat agame.. Lembap.. Nak potong gaji laki tuu pun susah bebeno.. Sian pd ibu tungga ...

napa dia org tak nak mudahkan urusan ibu2 ni ya, susah sangat ke nak buat pemotongan gaji utk nafkah anak2 andai ada kes penceraian..tak boleh ke pihak mahkamah keluarkan surat mahkamah, rasanya company boleh ja kan luluskan..dari biar ja tuntut nafkah yang tak dapat2. kalau ada benda ni kan senang urusan ibu2 ni..
kecian bila baca kes2 melibatkan tuntutan nafkah yg bapa lepas tangan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
afie_m replied at 12-1-2026 03:26 PM
napa dia org tak nak mudahkan urusan ibu2 ni ya, susah sangat ke nak buat pemotongan gaji utk nafk ...

Tu laa.. Kwn aku cite nak dpt potongan gaji tuu kena asben yg pi sana.. Mmg tak laa.. Kalo dia btgjwb takde laa ibu tunggal ni susah..
Sbb tuu aku ckp setad setazah ni hprak.. Berckp aje.. Nak masukkan pnjara la itu la inila.. Takde seko pun jntn masuk penjara sbb tak bg nfkh pun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 12-1-2026 12:19 PM
Entah2 ritarude ni ha yg sebenarnya kena mintak maaf dgn org

Kalau betul aidil culas nafk ...

Setakat ni rekod dia cemerlang jgk. Keras dia benda betul. Tgk jela isu vaksin covic????

Isu mara.

Aku rs yg ni pun dia bakalan menang semua nafkah tertunggak tu. Tunggu meletup je nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 04:54 PM | Show all posts
Tahukah anda?
Seorang bapa boleh dipenjara jika gagal bayar nafkah anak — bukan sebab tak bayar itu jenayah terus, tapi kerana ingkar arahan Mahkamah Syariah.
Apa yang anda boleh buat: buat laporan polis, mohon Saman Penghutang Penghakiman (SPP), dan kuatkuasakan bayaran.
Kes 2023: Seorang bapa cuba batal nafkah RM6,000 sebulan. Mahkamah tolak — kebajikan anak-anak lebih utama.
Kepada ibu-ibu yang sedang berjuang tuntut nafkah: anda bukan keterlaluan. Itu tanggungjawab anda. Dan anda tidak keseorangan. ????

https://www.facebook.com/telenis ... a/1095817589357693/
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 04:56 PM | Show all posts
KUALA TERENGGANU, 18 Mei - Statistik oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu menyatakan, sembilan lelaki dipenjarakan dari 2012 hingga 2019 kerana mengingkari perintah mahkamah untuk membayar nafkah anak-anak mereka.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato’ Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, mereka yang ingkar itu telah menjalani hukuman penjara paling minima tujuh hari dan maksima selama 30 hari mengikut Peruntukan Tindakan Notis Penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Katanya, mahkamah syariah tidak memandang ringan terhadap kesalahan tersebut dan tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya pihak lelaki masih culas untuk membuat pembayaran nafkah.

“Masih ramai yang culas membayar nafkah ditambah keadaan semasa suami itu yang tidak mampu membayar sebagimana yang diperintahkan.

Walau bagaimanapun mahkamah memerintahkan berdasarkan kepada keperluan sebenar anak tersebut dan kemampuan pihak bapa untuk menanggung nafkah anak,” ujarnya.


https://www.trdi.my/sembilan-bap ... l-bayar-nafkah-anak



yg ni kt tganu la. Negeri lain tatau acaner.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 04:59 PM | Show all posts
yedel tu mmg dh ada arahan mahkamah utk bayar rm3k sebulan utk 2 org anak. Klo sengaja langgar tataulah , bodow kowt. Klo heols betul2 susah lain citer , tak silap last year cikcur london. Thn ni pun cikcur obersi jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 12-1-2026 05:07 PM

Ha tunggu apa lagi Rit, cepat bertindak... (tapi kau takan kan sbb dr duku lagi bekas laki kata nak minta naik sila tuntut kat mahkamah dr menyalak kat socmed, tp hang x nak buat kan kan kan)



https://www.facebook.com/share/p/1FtSJUpJRN/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki ko culas nafkah kah ritrud?
Kalau culas... akak sokong 100% ko bawak ke mahkamah
Jantan culas tanggung jawab ni jgn bagi muka biar masuk jel
Set precedent utk bapak2 haprak di mesia

Ritrud pun berduit utk hire peguam, bukan gol ibu tunggal b40 yg dianiaya bekas laki

Tapi kalau ex husband ko tak culas..... mendapatlah ko
Boleh laki tu file defamation

Berbelas tahun ritrud merempan .... hadoiiiiii lahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut lah cara singapura. Culas bayar nafkah anak...tak lepas kat airport.
Mana ostad² dan ostajah² ....bagi lah kata dua tentang system pembagian nafkah anak oleh si bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 12-1-2026 07:38 AM
Tu laa.. Kwn aku cite nak dpt potongan gaji tuu kena asben yg pi sana.. Mmg tak laa.. Kalo dia btg ...

betul iols totally agree ,, mostly jantan yg bacul lepas tangan bab nafkah anak-ii
lepas cerai deyols rase bebas taknak terbeban or terikat dgn apa-ii ,, rasa seolah hidup kembali bujang single ,, moga mereputlah di neraka selamanya

paling iols sakit hati tengok ac mijol tue , kemain mewah yachh dgn wifey mikel jeksen heols tue
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 12-1-2026 08:38 AM
Setakat ni rekod dia cemerlang jgk. Keras dia benda betul. Tgk jela isu vaksin covic????

Isu mara ...

Ada jugak yg tk betul chuols..

Bab hak anak2 ni mmg meols sokong je ikut undang2. Sheols memekak on socmed dgn naratif aidil tak bagi nafkah ni dah bertahun kot. Nak jugak kita tau kebenarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 12-1-2026 10:06 AM
Ikut lah cara singapura. Culas bayar nafkah anak...tak lepas kat airport.
Mana ostad² dan ostajah ...

bagus sinjiapo bab nie ,, negara kafir pulak yg buat camnie .. yg so call negara Islam sazah and setatnye sibuk nak fame jew jadi influncer selebriti bagai

takde yg betul-ii konsisten nak fight hal-ii camnie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.401956 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list