|
Johor Bahru: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini, Disember lalu.
Saniah Osman, 55, yang juga seorang peniaga, kelihatan sugul dan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Aswad Muhammad Fairuz di ruang tamu sebuah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang antara 7.30 malam, 29 Dis hingga 1.30 pagi, 30 Dis lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Deana Aqilah Aliman. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes bagi mendapatkan laporan post mortem, kimia dan DNA. Sumber : Harian Metro
|
hart_attack replied at 9-1-2026 07:15 PM
Ada 2 benang la. Siapakah kanak² malang itu
Suchi replied at 9-1-2026 10:00 PM
Setelah baca komen2 kat tt dr jiran2nya katanya budak tu anak tiri acik tu.
Acik ni meniaga makana ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.618298 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.