CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1336|Reply: 12

Wanita 55 tahun didakwa bunuh kanak-kanak di Pasir Gudang

[Copy link]
Post time 9-1-2026 05:02 PM | Show all posts |Read mode





Johor Bahru: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini, Disember lalu.

Saniah Osman, 55, yang juga seorang peniaga, kelihatan sugul dan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Aswad Muhammad Fairuz di ruang tamu sebuah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang antara 7.30 malam, 29 Dis hingga 1.30 pagi, 30 Dis lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Deana Aqilah Aliman.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes bagi mendapatkan laporan post mortem, kimia dan DNA.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes apa ni? Kenapa dia bunuh budak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita tak lengkap, buat org tertanya2 pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 06:08 PM | Show all posts
kill??? how???


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Whyyy
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 2 benang la. Siapakah kanak² malang itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2026 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 9-1-2026 07:15 PM
Ada 2 benang la. Siapakah kanak² malang itu

Setelah baca komen2 kat tt dr jiran2nya katanya budak tu anak tiri acik tu.
Acik ni meniaga makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 9-1-2026 10:00 PM
Setelah baca komen2 kat tt dr jiran2nya katanya budak tu anak tiri acik tu.
Acik ni meniaga makana ...

Tengok macam muka dia ada tekanan perasaan, dimanakah suami dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 10:48 PM | Show all posts
teringat kisah Polis kat Pulau Pinang yg bunuh pompuan bernama Salbiah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lakinya mn. Org meniaga ni penat tau badannya. Bapak kandung patut kena hukuman pengabaian
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 08:59 AM | Show all posts
apa yg jd sebenarnye, nampak muka kusut tp tahla moga ada keadilan buat anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:17 AM | Show all posts
kalau dah bertiri-tiri ni susah nak jangka..
org nya baik2 dapat pasangan/anak tiri perangai hazab, susah lerr..
mungkin marah kat bapak, terlepas kat anak..
budak 10 tahun gitu tak degil tara mana.. mungkin tekanan perasaan ni..

pesanan general pada semua -
janganlah hidup asal berlaki/berbini.
kesihatan dan ketenangan jiwa paling penting..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 11:57 AM | Show all posts
Budak umur 7 tahun??
Acik ni ada masalah mental sbb tekanan perasaan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.066682 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list