|
Putrajaya: Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. Beliau berkata, kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula. "Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu, di sini hari ini. Fadhlina berkata, kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat. UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sumber: Harian Metro
|

makita replied at 9-1-2026 12:52 PM
Ok bagus gak nak adakan UPSR balik. Kat group fb mak pak ni duk pertikaikan nape ank masing2 x dpt o ...

makita: Ok bagus gak nak adakan UPSR b ...
dua_chzy replied at 10-1-2026 12:14 PM
Komen paling bodoh meols nampak, soh cikgu buat kelas tambahan PKSK ajar cara menjawab, HAHAHAHAHA ...
Decaffeinated replied at 10-1-2026 12:58 PM
belum ada acik suruh fadlina letak jawatan ka? kecewa
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.198944 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.