CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3165|Reply: 33

KPM kaji keperluan PT3, UPSR - Fadhlina Sidek

[Copy link]
Post time 9-1-2026 04:09 PM | Show all posts |Read mode





Putrajaya: Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Beliau berkata, kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

"Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu, di sini hari ini.

Fadhlina berkata, kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 pilihanraya makin dekat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 07:29 PM | Show all posts
years ago, orang ramai minta mansuhkan exam2 ni sebab, nak tiru negara kelas pertama yang lain. budak2 diasuh dan di didik dengan sahsiah diri dan sebagainya.
maklum le negara kita berkiblatkan result exam waktu tu.

tapi lain pulak jadinya. budak2 takde exam, makin mengarut perangai. pastu semua orang duk tuding jari bila budak buat perangai pelik, bodo piang pekat original. tanya soalan basic pun tak tau jawab

sekarang, plan nak kembalikan upsr, pt3.

yet again.. bagaimana pulak dengan nasib generasi sekarang yang "skip" era exam, upsr & pt3 ni?

macam sekitar 10-15 tahun dulu, ada generasi math & science in english.

kesian la budak2. kita yang dah tua tengok pun pening.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat benor nk buat keputusan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk budak2 sekolah tahu nak bermain siang malam. Tak tahulah masa bila belajar. Mak bapak pun rilek2 je. Ni yg boring duk kejiranan mak bapak yang tak competitive. Tapi bukanlah nak mak bapak yg paksa anak masuk ivy league uni. Tapi biarlah budak tu seimbang antara akademik dan masa lapang dia.


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada mak bapak yg very competitive. Kecik2 dah paksa anak masuk kelas english. Sekarang berbaloi tengok apa yg makcik pakcik invest untuk anak kecik2 dulu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2026 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok bagus gak nak adakan UPSR balik. Kat group fb mak pak ni duk pertikaikan nape ank masing2 x dpt offer MRSM n SBP. Siap listkan kebolehan dan pecapaian kat sekolah. Siap ckp anak2 T20 diketepikan semua. Pdhal ank msing2 x lulus PKSK tu ha sampai x ada button rayuan. Tahap mak pak x dpt terima tu level mcm moyan sampai ada yg suruh tnya ank, masa ujian PKSK tu jwb betul2 atau jwb main2 biar x dpt duk asrama.
Ujian PKSK tu penting ya sbb ada 2 org kwn meols ank tak score kat sekolah tp dpt SBP mantap sbb score PKSK.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 10:14 PM | Show all posts
knp nak kaji lagi. darjah satu sampai darjah 5 tu cukup untuk ajar benda bukan exam dan menikmatik zaman kanak2, masuk darjah 6 otak dah kena mula develop untuk hadap realiti dunia sebenar, seterusnya pmr dan seterusnya spm.. ada roadmap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 10:22 PM | Show all posts
cucu2 saya mak depa tetap hantar tusyen bi matg bagai2 ni walau tak ada exam upsr tu ... tetap nak menten kedudukan terbaik dlm darjah .. my cucu sokmo dpt No.1dlm darjah .. pandai Bi juga ..tapi tu la .. koko lemah sikit sebab masuk sukan sokmo kalah hehe .. p'tandingan2 lain tak pernah terpilih lah pulak .. maybe diwakili oleh anak2 cikgu kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 11:02 PM | Show all posts
akies: Tanda2 pilihanraya makin dekat

PRN Johor & Melaka otw
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanak haku x msk SBP pon lps jugak masuk Asasi Pintar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 10:49 AM | Show all posts
kita orang as cgu sekolah... ok je.
sebab exam dalaman on saja.. uasa tu pun susah jugek.
ari ni meriah sungguh kat sekolah. semangattt..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 9-1-2026 12:52 PM
Ok bagus gak nak adakan UPSR balik. Kat group fb mak pak ni duk pertikaikan nape ank masing2 x dpt o ...

Komen paling bodoh meols nampak, soh cikgu buat kelas tambahan PKSK ajar cara menjawab, HAHAHAHAHAH podehmak kau la. Abis tu yah bahagian psikometrik nak kena ajar juga? Banyak buku contoh ujian jual kt Shopi, antara kau nak usaha saja atau tidak cari tips, google sana sini. Selayaknya anak kau gagal PKSK. SELAYAKNYAAAAA
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la. Tbh budak2 yg bersusun 7A 8A spm tahun lepas pun iolss tgk IQ setara budak 2A 3A tahun 2000 jer. Tapi jenis pandai PR aka kaki bodek mulut level nenek genx.

Korang tgk nnti quality pendidik 5thn lagi cmne.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 12:58 PM | Show all posts
belum ada acik suruh fadlina letak jawatan ka? kecewa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aii rasa patut kembalikan UPSR ja.. PT3 tu xpayah pun xpa sbb nti time SPM akan ada exam besar jugak kn.. PT3 ni lebih kepada nak bg peluang utk students pandai yg terlepas peluang ke boarding school masa F1..ni pendapat aii la..jgn kecam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2026 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
makita: Ok bagus gak nak adakan UPSR b ...
owh kalau xlulus pksk mmg xlayak utk rayuan ye? Apa lagi chuolz yg penting2
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-1-2026 12:14 PM
Komen paling bodoh meols nampak, soh cikgu buat kelas tambahan PKSK ajar cara menjawab, HAHAHAHAHA ...

Ujian pksk ni kalau google pon byk je contoh kan. Bahagian pengetahuan umum ni google je lah bukan kene g perpustakaan. Yg bhgn  karangan tu kena byk membaca je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak buat upsr pastikan buat lepas anak iols darjah 6 laa
Iols bukan mak pak yg suka bersaing nak berlomba2
Anak2 bukan trofi
Walau takda UPSR pun iols tetap je cari tuisyen tuk anak.
Bukan sbb nak jadi terpaling no syatu cuma nak bantu mana2 yang dia tak faham
Iols lebih selesa pembentukan karekter tu lebih diutamakan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-1-2026 12:58 PM
belum ada acik suruh fadlina letak jawatan ka? kecewa

Takda dah la sejak dia bgtau pasal nk kaji ni
Paling kelakar cikgu pencen yg sblm ni kecam kaw2 yb kpm ni tetiba plak puji2 dia
Katanya walau mcm2 kena kecam tetap berdiri teguh
Padahal ko dulu kecam dia mcm org tu tak layak hidup!sbb influencer cam korang yg duk post kecaman suh org letak jawatan bagai maka netizen yg taktau apa menda terus ikut sama2 membenci.
Igt lagi komen2 netizen siap doakan yb tu kena bunuh dan mcm2 lg, panggil betina sial dan sundal.
Benci sekali pun tak perlu la sampai nak sumpah seranah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.347668 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list