|
Kerajaan Selangor akan menawarkan kelas bahasa asing secara dalam talian dan percuma bermula tahun depan sebagai usaha memperkukuh penguasaan pelbagai bahasa serta memupuk perpaduan masyarakat.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebelum ini telah diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 melalui kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan pusat-pusat bahasa, dan menerima sambutan yang menggalakkan. Menurutnya, kelas yang sebelum ini mengenakan bayaran minimum RM10 kini akan ditawarkan secara percuma sebagai pendedahan awal kepada pembelajaran bahasa yang lebih mendalam. “Bahasa bukan punca perpecahan, sebaliknya kekuatan untuk membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global,” katanya. Beliau menjelaskan, rakyat Selangor bakal berpeluang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jerman dan Sepanyol secara percuma, dengan sasaran melahirkan masyarakat yang fasih sekurang-kurangnya tiga bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan golongan muda menguasai teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum dan inovasi digital bagi memastikan mereka kekal relevan dalam dunia yang semakin mencabar. Sumber: Rotikaya
|



ardent91 replied at 12-1-2026 06:48 AM
kalo belajar bahasa asing informal (yang pasar) lagi senang nak pick up dari bahasa formal.. sbb bah ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069370 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.