Kerajaan Selangor akan menawarkan kelas bahasa asing secara dalam talian dan percuma bermula tahun depan sebagai usaha memperkukuh penguasaan pelbagai bahasa serta memupuk perpaduan masyarakat.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebelum ini telah diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 melalui kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan pusat-pusat bahasa, dan menerima sambutan yang menggalakkan.
Menurutnya, kelas yang sebelum ini mengenakan bayaran minimum RM10 kini akan ditawarkan secara percuma sebagai pendedahan awal kepada pembelajaran bahasa yang lebih mendalam.
“Bahasa bukan punca perpecahan, sebaliknya kekuatan untuk membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global,” katanya.
Beliau menjelaskan, rakyat Selangor bakal berpeluang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jerman dan Sepanyol secara percuma, dengan sasaran melahirkan masyarakat yang fasih sekurang-kurangnya tiga bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan golongan muda menguasai teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum dan inovasi digital bagi memastikan mereka kekal relevan dalam dunia yang semakin mencabar.
waaa iols pun nak, tapi kita bukan rakyat selangor
dulu sempat la join kejap kelas online, introductory to japanese dengan arabic.
iols punya confuse nihon go-o dengan lughatul al-arabiah sampai tercampur la
Belajar bahasa ni akan cepat pandai dan seronok bila sambil belajar ko terpaksa terjun and swim. For that to happen, ko kena live in the community, at least that's what happened to me.
kalo belajar bahasa asing informal (yang pasar) lagi senang nak pick up dari bahasa formal.. sbb bahasa formal banyak rules.. macam BM Baku lah.. kan orang bangla, myanmar, nepal yang kerja kat malaysia dorg dpt pick up BM yang pasar tu cepat... kalo dorg belajar yang baku maybe xkan secepat tu...