|
Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan bahawa beliau mengabaikan panggilan telefon dan mesej daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman.
Katanya, beliau tidak ingat sama ada tidak pernah menjawab panggilan telefon Aliff, kecuali jika berada berada di luar kawasan. “Dia (Aliff Syukri) dakwa saya terhegeh-hegeh (pinjam duit)? Umur saya 86 tahun manakala dia 30-an. Saya telah membina ramai jutawan selama 30 tahun sebagai Ahli Parlimen, saya juga membantu ramai orang semasa bersama UMNO,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguamnya Ravichandaran Selliah pada prosiding perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan terhadap Aliff Syukri. Pada masa sama, Abdul Kadir turut mengakui akibat hantaran yang dimuatnaik oleh defendan ia telah memberi impak negatif terhadap dirinya dan juga keluarga selain menegaskan secara peribadi meminjam wang daripada Aliff Syukri. Perbicaraan di hadapan Hakim Roslan Mat Nor bersambung lagi esok. Abdul Kadir, 86, selaku plaintif memfailkan saman pada 6 September 2023 dengan mendakwa Aliff, 39, yang terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut ramai di media sosial mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023. Plaintif mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta ringgit selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan itu mengundang komen negatif daripada pembaca. Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini. Sementara Aliff Syukri pula menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usahasama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.
Dakwanya, pihak-pihak di dalam perjanjian usahasama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan selain segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah akujanji yang diberikan plaintif kepadanya adalah di dalam pengetahuan plaintif sendiri. Sumber : Kosmo |

Minami2013 replied at 7-1-2026 11:18 AM
Level gosip skrg semua hutang juta2.. safiey ilyas tu pun betul ke tak kisah hutang ke delulu je
NuansaBiru replied at 7-1-2026 11:54 AM
Iols tak tau details urusan dema dua ni macamana
Tapi dari keyword yg diguna, "perjanjian usahasama ...
Minami2013 replied at 7-1-2026 11:18 AM
Level gosip skrg semua hutang juta2.. safiey ilyas tu pun betul ke tak kisah hutang ke delulu je
L.U.S.M replied at 7-1-2026 05:17 AM
Teringat dsv meriak konon check in bilik 50k katanya
Pdhl setakat few thousand je

supernaturalee replied at 7-1-2026 06:59 AM
kt fb ada lg 1 LOD die
lg up dr berita smlm, RM80 juta

Minami2013 replied at 7-1-2026 03:13 PM
Sekali hembus je menipu tanpa rase bersalah.
Dulu2 siap title Dr pun menipu. Meols pun antara yg ...



Minami2013 replied at 7-1-2026 03:18 PM
Datuk mana yg hutang heshe? Ada tepek nama tak. Amboi tak nak kalah 80 juta terus
SpyLeman replied at 7-1-2026 09:35 AM
Katanya yg hutang tu Beby maembong. 80 joootaaaa uolssss....terberak nak byr, tapi aku yakin conte ...

L.U.S.M replied at 7-1-2026 01:18 PM
Dia ni kan kuat propa ...
Jual mask tipu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.113807 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.