CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2569|Reply: 26

Bekas Menteri, Abdul Kadir nafi abai panggilan, mesej Aliff Syukri - “Dia (Aliff Syukri) dakwa saya terhegeh-hegeh (pinjam duit)?"

[Copy link]
Post time 7-1-2026 10:14 AM | Show all posts |Read mode





Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan bahawa beliau mengabaikan panggilan telefon dan mesej daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman.

Katanya, beliau tidak ingat sama ada tidak pernah menjawab panggilan telefon Aliff, kecuali jika berada berada di luar kawasan.

“Dia (Aliff Syukri) dakwa saya terhegeh-hegeh (pinjam duit)? Umur saya 86 tahun manakala dia 30-an. Saya telah membina ramai jutawan selama 30 tahun sebagai Ahli Parlimen, saya juga membantu ramai orang semasa bersama UMNO,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguamnya Ravichandaran Selliah pada prosiding perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan terhadap Aliff Syukri.

Pada masa sama, Abdul Kadir turut mengakui akibat hantaran yang dimuatnaik oleh defendan ia telah memberi impak negatif terhadap dirinya dan juga keluarga selain menegaskan secara peribadi meminjam wang daripada Aliff Syukri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Roslan Mat Nor bersambung lagi esok.

Abdul Kadir, 86, selaku plaintif memfailkan saman pada 6 September 2023 dengan mendakwa Aliff, 39, yang terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut ramai di media sosial mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023.

Plaintif mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta ringgit selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan itu mengundang komen negatif daripada pembaca.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.

Sementara Aliff Syukri pula menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usahasama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.






Dakwanya, pihak-pihak di dalam perjanjian usahasama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan selain segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah akujanji yang diberikan plaintif kepadanya adalah di dalam pengetahuan plaintif sendiri.  

Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 10:45 AM | Show all posts
Makin ligat la nnti si belut electric ni jual segala mak nenek & buat content2 bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit 30 jutaaaaa  belum lagik investment yang lain2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah hutang jota-jota jelaa awal tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:09 AM | Show all posts
ape background story kes dorg ni

sblm zaman covid lagi nih


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Level gosip skrg semua hutang juta2.. safiey ilyas tu pun betul ke tak kisah hutang ke delulu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2026 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NuansaBiru at 7-1-2026 11:59 AM


Iols tak tau details urusan dema dua ni macamana
Tapi dari keyword yg diguna, "perjanjian usahasama"
Inilah risiko perniagaan/pelaburan
Kalau untung, untung la
Kalau rugi, rugi la
Mana bulih kau gi tuntut duit tu sebagai hutang
Ini bukan perjanjian pinjaman wang

Lain la kalau ada unsur kecurangan, duit yg dilabur yg sepatutnya diguna utk urusan perniagaan, dilencong ke arah lain
Itu sudah jadi kes jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 12:35 PM | Show all posts
masuk 2026 kita main juta2 jer skrg eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh alip ni
Xpsl2 kena saman
Ko dh la kaki penipu...suka up mcm dsv 30 jadi 3k..
Sama mcm mak ko jgk
Drama lebih

Bangga konon org berhutang ko smpi 70-80juta pdhl tu tunjuk ko tu terang2 bodoh xlearn ur lesson

Aku caya je dia kira investment dia as hutang jugak..mcm si tekya..anggap investment as hutang lepas tu menyalak macam anjirrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 7-1-2026 11:18 AM
Level gosip skrg semua hutang juta2.. safiey ilyas tu pun betul ke tak kisah hutang ke delulu je

Teringat dsv meriak konon check in bilik 50k katanya

Pdhl setakat few thousand je

Welcome drinks and refreshments pun setakat buah...hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
NuansaBiru replied at 7-1-2026 11:54 AM
Iols tak tau details urusan dema dua ni macamana
Tapi dari keyword yg diguna, "perjanjian usahasama ...

Dia ni kan kuat propa ...

Jual mask tipu
Jual mangga tipu
Jual batu pun tipuuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 02:59 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 7-1-2026 11:18 AM
Level gosip skrg semua hutang juta2.. safiey ilyas tu pun betul ke tak kisah hutang ke delulu je

kt fb ada lg 1 LOD die

lg up dr berita smlm, RM80 juta

baca komen lawak

mcm2 org troll dia


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 7-1-2026 05:17 AM
Teringat dsv meriak konon check in bilik 50k katanya

Pdhl setakat few thousand je

Sekali hembus je menipu tanpa rase bersalah.

Dulu2 siap title Dr pun menipu. Meols pun antara yg tertipu ingat dia medical doc buat supplement pamoga
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 7-1-2026 06:59 AM
kt fb ada lg 1 LOD die

lg up dr berita smlm, RM80 juta

Datuk mana yg hutang heshe? Ada tepek nama tak. Amboi tak nak kalah 80 juta terus



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 7-1-2026 03:13 PM
Sekali hembus je menipu tanpa rase bersalah.

Dulu2 siap title Dr pun menipu. Meols pun antara yg ...



Ok ayat ko lawak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm70 juta...habis la kau aLippp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 7-1-2026 03:18 PM
Datuk mana yg hutang heshe? Ada tepek nama tak. Amboi tak nak kalah 80 juta terus


Katanya yg hutang tu Beby maembong. 80 joootaaaa uolssss....terberak nak byr, tapi aku yakin content je tu. Dua2 delulu. Paling tinggi pun 80k jer..tu logik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Kadir ni botox ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
SpyLeman replied at 7-1-2026 09:35 AM
Katanya yg hutang tu Beby maembong. 80 joootaaaa uolssss....terberak nak byr, tapi aku yakin conte ...

Lah... Nmpak sgt membongak je kan. Meols baca tajuk je thread heshe hari tu sbb meols speku heshe dlm phase maniac
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 7-1-2026 01:18 PM
Dia ni kan kuat propa ...

Jual mask tipu

Jual diri jelah


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.443839 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list