|
Seramai 21,289 anak Selangor yang menyertai Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,500 sebaik sahaja mencapai usia 18 tahun, dengan penyaluran dijadualkan bermula Mac 2026. Ini merupakan kali pertama manfaat Tawas disalurkan sejak skim tersebut diperkenalkan pada tahun 2008, sekali gus menandakan satu pencapaian penting selepas hampir 17 tahun pelaksanaannya. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Gan Pei Nei berkata kumpulan berkenaan adalah kumpulan pertama ahli Tawas yang layak menuntut simpanan mereka selepas mencapai usia dewasa. Menurut beliau, penyaluran akan dibuat secara berperingkat dalam empat fasa bermula Mac tahun depan, mengikut bulan kelahiran penerima bagi memastikan proses pengagihan berjalan lancar dan teratur. “Kita akan mula penyaluran pada bulan Mac 2026 dan dibuat mengikut bulan kelahiran penerima. Setiap penerima akan menerima RM1,500 sama ada melalui pemindahan terus ke akaun bank (EFT) atau dikreditkan ke e-dompet yang didaftarkan,” katanya kepada Media Selangor. Beliau berkata berdasarkan rekod terkini Yawas, seramai 21,289 ahli Tawas dikenal pasti layak untuk membuat tuntutan manfaat tersebut dan menasihatkan penerima supaya memastikan maklumat peribadi serta butiran akaun dikemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah semasa penyaluran dibuat. Mulai tahun hadapan, setiap anak Selangor yang berusia 18 tahun akan menerima bantuan kewangan RM1,500 menerusi Program Tawas. Bantuan ini diberikan sebagai sokongan awal kepada golongan belia, khususnya bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau membuat persediaan memasuki alam dewasa. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan satu lagi inisiatif pendidikan iaitu Hadiah Pengajian IPT, di mana setiap anak Selangor yang menerima tawaran masuk ke universiti akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM1,000. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga pada peringkat awal pengajian di institusi pengajian tinggi. Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan Tawas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa generasi muda serta memastikan setiap anak Selangor mendapat permulaan kehidupan yang lebih stabil. Menurut beliau, Tawas yang diperkenalkan sejak 2008 kini mula menunjukkan hasil apabila anak-anak yang pernah menerima manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) ketika memasuki Tahun Satu, sekali lagi menerima sokongan kewangan apabila mencapai usia 18 tahun. Katanya, pendekatan jangka panjang ini menunjukkan bantuan kerajaan negeri bukan bersifat sementara, sebaliknya dirancang untuk menyokong anak Selangor dari peringkat awal pendidikan sehingga melangkah ke alam dewasa. Untuk rekod, Tawas merupakan skim tabungan khas untuk anak kelahiran Selangor yang diwujudkan dengan matlamat memastikan setiap anak negeri ini mempunyai simpanan asas apabila mencapai usia dewasa. Sumber: Rotikaya |
Skuau replied at 5-1-2026 04:09 PM
Warga selayang jangan cuai..mohon cepat...IC tu
tgk syarat dia. dah tu yg blh daftar time tu pun umur 1-3 tahun. too gud to be true. tak penah diwar2kan pun tah sapa je lah yg tau...geng2 dia je la kot
nurkasih74 replied at 5-1-2026 07:22 PM
Boleh lg ke register tawas ni walau anak dah msk 15 & 11 thn?


IzzahF replied at 6-1-2026 09:36 AM
mohon apa kenamanya chuols tgk syarat dia. dah tu yg blh daftar time tu pun umur 1-3 tahun. t ...
seri_mawr replied at 6-1-2026 11:06 AM
iouls dulu masa anak kedua..masa nak register JPN..pegawai JPN bg tahu...tp masa tu dia ckp yang l ...
IzzahF replied at 6-1-2026 05:57 AM
padahal dia kata bawah 3yo kan...tula bukan sng sebenarnya dia nk bg
dewi_rina replied at 6-1-2026 03:38 PM
Bantuan negeri Selangor banyak, tapi apply tak pernah nak dapat pun.. Susah betul nak dpt, bila i ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.151268 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.