|
Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya berhubung dakwaan mengeluarkan barangan miliknya dari rumah yang didiami bersama anak-anak mereka.
Memetik Harian Metro, laporan itu dibuat di Balai Polis Paroi, Seremban pada Khamis malam lalu. Peguam mewakili Dr Fie iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu laporan berkenaan membabitkan dakwaan kehilangan wang tunai serta barangan kemas. “Laporan polis sudah dibuat oleh anak guam saya dan kini kami menunggu tindakan lanjut pihak polis, termasuk langkah seterusnya yang akan diambil. “Ada dakwaan kehilangan wang tunai dan barangan kemas. Polis akan merakam kenyataan terlebih dahulu sebelum menjalankan siasatan terperinci berkaitan butiran kehilangan tersebut,” katanya. Sementara itu, Datuk Akberdin berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. “Buat masa ini, kita tidak boleh membuat apa-apa rumusan. Biarlah polis menjalankan siasatan sepenuhnya. “Apa yang berlaku sudah diceritakan kepada pihak berkuasa, termasuk cara barangan diambil serta dakwaan ada barangan rosak akibat pengambilan yang tidak betul. “Oleh itu, perkara ini dibawa kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut prosedur,” katanya. Dalam pada itu, Akberdin berkata pihaknya akan mengambil tindakan sivil selepas anak guamnya selesai menyemak keadaan dan jumlah barangan miliknya. “Selepas ini, saya akan mengambil tindakan sivil mengikut arahan anak guam selepas beliau membuat semakan terhadap barangan yang masih ada atau hilang,” katanya. Sumber: Harian Metro, Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.598527 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.