CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 3

Wang Tunai, Barang Kemas Hilang, Dr Fie Buat Laporan Polis Terhadap Nubhan

[Copy link]
Post time 5-1-2026 11:15 AM | Show all posts |Read mode




Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya berhubung dakwaan mengeluarkan barangan miliknya dari rumah yang didiami bersama anak-anak mereka.

Memetik Harian Metro, laporan itu dibuat di Balai Polis Paroi, Seremban pada Khamis malam lalu.

Peguam mewakili Dr Fie iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu laporan berkenaan membabitkan dakwaan kehilangan wang tunai serta barangan kemas.

“Laporan polis sudah dibuat oleh anak guam saya dan kini kami menunggu tindakan lanjut pihak polis, termasuk langkah seterusnya yang akan diambil.

“Ada dakwaan kehilangan wang tunai dan barangan kemas. Polis akan merakam kenyataan terlebih dahulu sebelum menjalankan siasatan terperinci berkaitan butiran kehilangan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Datuk Akberdin berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Buat masa ini, kita tidak boleh membuat apa-apa rumusan. Biarlah polis menjalankan siasatan sepenuhnya.

“Apa yang berlaku sudah diceritakan kepada pihak berkuasa, termasuk cara barangan diambil serta dakwaan ada barangan rosak akibat pengambilan yang tidak betul.

“Oleh itu, perkara ini dibawa kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut prosedur,” katanya.

Dalam pada itu, Akberdin berkata pihaknya akan mengambil tindakan sivil selepas anak guamnya selesai menyemak keadaan dan jumlah barangan miliknya.

“Selepas ini, saya akan mengambil tindakan sivil mengikut arahan anak guam selepas beliau membuat semakan terhadap barangan yang masih ada atau hilang,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la namanya kebodohan

Ingatkn "menang" kuarkan brg bekas isteri guna mover masa dia xde

Sekali dpt hadiah lawsuit dgn report polis

Lawyer nubhan ni failed buat keje
Patut nasihatkan ank guam jgn bertindak sesuka hati sebab kes tgh panas
Plus dia dh 3kali bertarung nyawa lahirkan zuriat ko
Tak boleh bagi muka sikit ke
Itu bekas teman sekatil, bukan musuh kat medan perang pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:30 PM | Show all posts
ooooooooooooo ape dah jadi ... hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg perlu snap gambar brg2 korang yg dlm rumah kalau ada kecurian kebakaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:19 AM GMT+8 , Processed in 2.178024 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list