|
PETALING JAYA – Kunjungan santai seorang wanita ke kedai buku popular di ibu negara bertukar detik manis apabila terserempak dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menerusi hantaran tular di akaun Thread @SuzilahZainuddin, wanita itu berkata, pada mulanya dia langsung tidak menyedari kehadiran baginda sebelum suaminya menegur tentang perkara itu. Menurutnya, dia dan rakan pada awalnya berdebar untuk menyapa kerana kurang arif mengenai protokol untuk meminta perkenan baginda bagi merakam gambar. Bagaimanapun, selepas beberapa kali lalu-lalang di lokasi, wanita itu akhirnya memberanikan diri bertanya kepada pegawai pengiring sama ada dibenarkan untuk bergambar. “Aku pun tanya dekat pengawal peribadi, ‘Boleh ambilkan gambar tak?’ Dia cakap boleh. Lepas itu aku pun sapa Sultan Perak ‘Ampun tuanku, nak ambil (rakam) gambar boleh tak?’ “Tuanku jawab boleh. Dari mana? Aku jawab Kuala Selangor. Baginda tanya lagi cuti ke? Aku jawab ‘ya’,” tulisnya. Wanita itu berkata, pengawal peribadi membantu merakam beberapa keping gambar bersama baginda sebelum mereka mengucapkan terima kasih. Wanita itu mengakui pengalaman tersebut membuatkan dia gembira bukan sahaja kerana dapat bergambar dengan Sultan Perak, malah memecahkan ketakutannya untuk menegur individu berprofil tinggi. Sementara itu, ruangan komen turut dibanjiri reaksi orang ramai yang berkongsi pengalaman sama, malah ada yang menyifatkan kedai buku popular itu sebagai lokasi baginda sejak sekian lama. Seorang pengguna, Hashim turut berkongsi gambar dirinya bersama Sultan Nazrin yang merupakan rakaman pada tahun 2014 di lokasi yang sama, sambil menyifatkan baginda sebagai pencinta ilmu. “2014, lokasi yang sama.. Tuanku memang pencinta buku dan ilmu,” tulisnya. Seorang lagi pengguna, Aishah, pula berkata baginda memang dikenali gemar membaca berjam-jam di situ dan keadaan itu tidak berubah sejak 10 hingga 15 tahun lalu. “Raja Nazrin mmg suka duduk dekat situ, baca buku berjam-jam.. keadaan masih belum berubah.. bangga jap jadi anak Perak,” katanya. Ummie turut berkongsi pernah dua kali terserempak dengan baginda di kedai buku berkenaan, namun tidak pernah berpeluang bergambar. “Pernah dua kali terserempak dengan Sultan Nazrin dekat kedai buku ni.. tapi tak pernah tangkap gambar lah,” tulisnya. Sumber :– KOSMO! ONLINE
|
prince_marhaen replied at 5-1-2026 12:42 PM
Kinokuniya KLCC kan? Pernah sekali terserempak anak beranak baginda book hunting kat sana, sekali la ...
imthegirl replied at 4-1-2026 06:57 PM
Sultanah perak aura regal dia kuat lain macam ya, lagi kuat dari yang born princess. Mungkin sebab ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.148161 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.