CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bersyukur dapat memulakan tahun baru dengan awak’ - Nadia Brian

2-1-2026 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1632| Komen: 14

 



Hati sedang berbunga-bunga, pelakon Nadia Brian bahagia dapat melayari detik awal tahun baharu 2026 di sisi usahawan, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkongsi detik tersebut menerusi satu hantaran ringkas namun sarat makna dalam media sosial, sekali gus menzahirkan kesyukuran dan ucapan tahun baharu daripadanya buat semua.

“Bersyukur dapat memulakan tahun baharu dengan awak. Selamat tahun baharu semua,” tulisnya.

Hantaran tersebut turut menerima respons manis daripada bekas suami pelakon Nora Danish itu menerusi ruangan komen, seolah-olah mengesahkan keakraban hubungan mereka.

“Alhamdulillah, satu permulaan tahun baharu yang sangat baik untuk kita, sayang,” balasnya

Dalam masa sama, pelakon Duyung: Legenda Aurora itu menjelaskan perhiasan pada wajahnya hanyalah pelekat mutiara, bukannya tindikan, bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan netizen.

“Itu bukan tindikan ya semua, cuma pelekat mutiara sahaja. Tak beritahu nanti timbul fitnah pula,” jelasnya.

Perkongsian penuh kemanisan tersebut pantas menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan selain teruja melihat kemesraan ditampilkan secara terbuka.

“Serasi tengok dua-dua, semoga dipermudahkan urusan,” komen seorang netizen.

“Doa baik-baik, nampak bahagia sangat,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kalau sudah jodoh, semoga sampai ke pelamin,” ujar seorang peminat.

Sebelum ini, hubungan Nadia san Nedim mula menjadi bualan hangat sejak Disember 2025 apabila duda dua anak itu dilihat kerap memuat naik foto mesra mereka dalam media sosial, termasuk gambar berpegangan tangan secara terbuka sehingga mengundang spekulasi ramai.

Susulan itu, Nadia mengakui hubungannya bersama Boss Ned masih berada dalam fasa saling mengenali hati budi, selain memohon doa daripada peminat serta orang ramai agar segala urusan dipermudahkan dan berakhir dengan kebaikan. 

Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 2-1-2026 04:36 PM
okla tu.. tp kalau ada mslh apa2 laki bini jgn plk ko buruk2kan kt medsos plk.. skrg tgh wangi lg kan... bila syg semua yg indah2 belaka... nanti dah benci abih semua benda buruk2 keluar.. so berpada2 je lah...
Quote sharlenetexas 2-1-2026 05:13 PM
Tengoklah bila berantem nanti
Ni baru sebulan je kenal

Quote ZORRO5555 2-1-2026 06:01 PM
Tengah bercinta memang la semua indah..
Quote red_velvet 2-1-2026 06:13 PM
Haritu kata nak suami yg kuat pegangan agama.. Oo yela kat ned dh bagitau kt thread haritu dia solat.. OK la  tu..
Quote arifzain789 3-1-2026 04:53 PM
dah dpt pakwe ke. ingat nak try masuk line.
Quote sukacactus 3-1-2026 05:02 PM
Usahawan?
Apa yg ned usahakan skrg?
Restoran dia yg dl tu still ada lg ke
Quote timah03 3-1-2026 06:20 PM
Dah buka bungkusan ke belum..
Quote ReginaGeorge 3-1-2026 06:37 PM
Dah dua kali cerai tu nok.. kamu masih nak ke? Tak study dulu ke sebelum terima lelaki ni dalam hidup ko? Pattern2 lelaki macam ni sesuai untuk anju je.
Quote pocongkiutss 3-1-2026 06:44 PM
ReginaGeorge replied at 3-1-2026 06:37 PM
Dah dua kali cerai tu nok.. kamu masih nak ke? Tak study dulu ke sebelum terima lelaki ni dalam hidu ...

Budak lg dia ni..ned tu betul2 sebaya dgn pakcik dia sebenarnya..haha

Entahlah kekadang family members tu mesti dh habis nasihat dh..tp nak buek cemano..tuan badan dah suka

Quote Incanto 3-1-2026 06:45 PM
try hard sangat nak jadi terpaling romantis
Quote caprisonne 3-1-2026 08:12 PM
Poor choice.. oh well, seswai la kot dedua pun euww
Quote sukma88 3-1-2026 08:44 PM
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi

Celah mana dtg brian?
Quote Incanto 3-1-2026 08:51 PM
sukma88 replied at 3-1-2026 08:44 PM
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi

Celah mana dtg brian?

atuk sebelah mak
Quote epuepy 5-1-2026 01:11 AM
timah03 replied at 3-1-2026 06:20 PM
Dah buka bungkusan ke belum..

Siot la timah. Aku pk lain dah ni.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.220813 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top