CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Rasa hidup tak lengkap kalau tidak Islamkan orang’ - Diana Rafar

2-1-2026 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1387| Komen: 18

 


“Usaha yang saya lakukan ini adalah untuk kumpul pahala dan mengejar saham akhirat.”

Demikian respons pelakon dan penyanyi Diana Rafar mengenai usahanya yang kini sudah mengislamkan seramai sembilan orang mualaf sejak tahun 2022.

Menurut Diana, usahanya itu memberi kepuasan luar biasa selain membawa banyak perubahan positif dalam kehidupannya.

“Sejak dahulu saya memang ada niat dan terfikir bagaimana nak Islamkan orang yang sekurang-kurangnya nak lakukan sekali dalam hidup.

“Kemudian dengan izin Allah, muncul seorang wanita Mongolia dan kami ucap dua kalimah syahadah di rumah saya.

“Tapi selepas itu saya jadi tamak sebab banyak perubahan positif berlaku dalam kehidupan seperti lebih terjaga daripada lakukan perkara tak baik dan semakin malu dengan diri sendiri kalau nak buat benda yang dilarang.

“Sejak itu, tanpa sedar saya sudah Islamkan sembilan orang bermula tahun 2022 sehingga 2026. Seperti satu keajaiban yang Allah beri,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, menarik lebih ramai individu memeluk Islam memberi satu kepuasan yang tidak dapat dimiliki di tempat lain.

“Perkara lain saya nak kejar selepas mengislamkan saudara baru adalah beri salam pertama dan ajar sebut Bismillah atau sepotong ayat al-Quran, rasa puas serta nikmatnya luar biasa.

“Sebenarnya usaha Ini sangat kecil sehingga ramai tertanya-tanya bagaimana saya boleh Islamkan ramai orang, apa amalan saya.

“Tak sangka dengan cara sebarkan perkara ini dalam media sosial dapat menarik lebih ramai yang mahu masuk Islam, alhamdulillah,” ujarnya.

Diana menambah, perkara yang paling membuatnya sebak ialah melihat setiap mualaf memulakan lembaran hidup baharu seperti dilahirkan semula tanpa sebarang dosa.

“Mereka macam baru dilahirkan tanpa dosa, aura positif dan rasa ketenangan itu memang wujud terutama selepas mengucapkan syahadah dengan mereka. Seperti ada malaikat mengiringi.

“Saya juga memerhatikan ramai orang bukan beragama Islam, kadang-kadang secara perlahan-lahan ‘cucuk daun’ dengan kongsi keindahan agama sendiri dan tanya ‘tak nak masuk Islam ke’, itu pendekatan saya.

“Sekarang ini rasa hidup tak lengkap kalau tidak Islamkan orang dan memang saya mencari saudara baharu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia berkata, suaminya yang juga aktor, Zamarul Hisham juga turut melakukan hal sama dan pernah mengislamkan dua individu sebelum ini.

“Suami memang bagi sokongan penuh dan dia pun sudah Islamkan seorang warganegara Afrika dan Cina.

“Kami berdua sekarang ini aktif dalam meneruskan usaha ini sekarang,” kongsinya.

Ketika ini, Diana menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hidayah Centre Foundation yang membantu menguruskan tentang dokumen seperti pertukaran agama dalam kad pengenalan dan urusan berkaitan.

Sejak semalam, tular beberapa video Diana mengislamkan soerang mualaf di sebuah masjid. Perkongsian tersebut meraih pujian dan menyentuh hati netizen kerana mampu membantu menarik lebih ramai individu memeluk Islam. 

Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zirara99 2-1-2026 04:43 PM
Uish. Sesiapa je boleh islamkan org? Mengucap syahadah bukan boleh main sebat je. Ashadu dgn ash ha du pun ada yang tak lepas lagi. Harap ada yang bertauliah la ye masa kejadian tu. Risau ye.
Quote jejai 2-1-2026 05:02 PM
Zirara99: Uish. Sesiapa je boleh islamkan org? Mengucap syahadah bukan boleh main sebat je. Ashadu dgn ash ha du pun ada yang tak lepas lagi. Harap ada yang ber ...


tu lah bukan ke patut ustaz or ustazah yg lebih arif dalam agama ke
Quote riyadhK 2-1-2026 09:46 PM
Terpaling. Next.
Quote noor2 2-1-2026 09:58 PM
Yang berhak mengislamkan orang lain adalah pihak berautoriti agama (seperti Jabatan/Majlis Agama Islam dan institusi berkaitan), pemimpin tertinggi Islam, dan juga individu Muslim yang berkelayakan (pendakwah, asatizah, imam), walaupun pada asalnya hak ini milik Rasulullah SAW dan dilanjutkan kepada wakil-wakilnya, dengan prosesnya di Malaysia dikawal selia undang-undang untuk pendaftaran.

Pihak yang Berkemampuan Mengislamkan (Proses Rasmi):
●Majlis/Jabatan Agama Islam: Pihak berkuasa negeri yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal Islam, termasuk pendaftaran mualaf, di Malaysia.

●Pemimpin Tertinggi: Seperti di zaman sahabat, kepimpinan tertinggi juga mempunyai kuasa mengislamkan.

Individu Yang Boleh Mengajar dan Menyampaikan Islam:

●Rasulullah SAW: Yang menjadi asal usul dakwah.

●Sahabat Nabi: Seperti Mus'ab bin Umair dan Mu'az bin Jabal, yang diutus untuk mengajar penduduk Yaman.

●Imam, Pendakwah, dan Asatizah: Individu yang berilmu dan layak untuk membimbing serta mengislamkan seseorang secara tidak langsung melalui penyampaian ilmu.

Kesimpulannya:
Sesiapa sahaja Muslim boleh menjadi perantara untuk menyampaikan Islam, tetapi proses pengislaman rasmi dan pendaftaran di Malaysia diselia oleh pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam mengikut akta yang berkaitan, demi memastikan prosesnya sah di sisi undang-undang dan syarak.


Hasil dari google
Quote dua_chzy 2-1-2026 10:54 PM
Jaga2 timbul riak dan ujub. Ayat2 tu macam something's amiss.
Quote SpyLeman 2-1-2026 10:59 PM
Disebabkan dia adik Setazah Linda Elite, maka iols simpan komen dlm hati
Quote AkokKocik 4-1-2026 10:21 PM
SpyLeman replied at 2-1-2026 10:59 PM
Disebabkan dia adik Setazah Linda Elite, maka iols simpan komen dlm hati










Quote anarina 4-1-2026 10:34 PM
Amender
Quote mawarberbisa 4-1-2026 10:43 PM
macam delulu je weh
Quote theotherfriend 5-1-2026 01:00 AM
Saya juga memerhatikan ramai orang bukan beragama Islam, kadang-kadang secara perlahan-lahan ‘cucuk daun’ dengan kongsi keindahan agama sendiri dan tanya ‘tak nak masuk Islam ke’, itu pendekatan saya.


Seriouslah ayat ni keluar media?
Quote pocongkiutss 5-1-2026 02:00 AM
Mana pulak ko kenal Mongol tu dek..angkut bawak blk umah lak tu..bwk la ke jabatan agama islam ke apa

Ko hati2 la bawak tah sesapa masuk umah tu ha..kang jd mcm fie & nubis tu noks
Quote sfrnna 5-1-2026 02:13 AM
Benda macam ni simpan sendiri dah la. Minta kena kecam sungguh.
Quote Orenn1 5-1-2026 08:43 AM
iya2 bercerita, bunyi riak, mcm bagus sgt. Org lain klu cucuk daun agama dorg ckp secara terbuka mcm ni melenting ummah huh. Ntahlah benda mcm ni konon mcm jaminan dpt kunci sorga. Agama org biar org tentukan tak kuasa nak cucuk daun, gilerrr huh. Jaga je lah life sendiri. Ntah apa2 pemikiran.
Quote Prickford 5-1-2026 09:00 AM
Uishhh..boleh ke dia Islam kan orang. Niat tu mmg bagus la. Tapi tanggungjawab nya besar. Kau takleh suka2 Islamkan orang, suruh mengucap bagai. Pastu kau biar dia terkial2 belajar Islam.
Quote zuriey 5-1-2026 09:32 AM
SpyLeman replied at 2-1-2026 10:59 PM
Disebabkan dia adik Setazah Linda Elite, maka iols simpan komen dlm hati

Last week setazah linda kena kecam berjemaah dkt thread sbb suka minta sponser..
Quote pembacagosip 5-1-2026 09:41 AM
Zirara99 replied at 2-1-2026 04:43 PM
Uish. Sesiapa je boleh islamkan org? Mengucap syahadah bukan boleh main sebat je. Ashadu dgn ash ha  ...

tula suka je ada tjwb lepas tu bukan ko biar je dia
retis kalau sembang terpaling A+
Quote pembacagosip 5-1-2026 09:41 AM
Prickford replied at 5-1-2026 09:00 AM
Uishhh..boleh ke dia Islam kan orang. Niat tu mmg bagus la. Tapi tanggungjawab nya besar. Kau takleh ...

tula suka je ada tjwb lepas tu bukan ko biar je dia
retis kalau sembang terpaling A+

Quote figurae 6-1-2026 11:51 AM
bukan kena mengucap di pejabat agama ke?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2026 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.032279 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top