|
PETALING JAYA – Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) bukan sekadar kempen pelancongan, sebaliknya menjadi manifestasi keyakinan Malaysia dalam menempatkan diri sebagai destinasi utama dunia.
Menegaskan perkara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, bagi mencapai hasrat itu ia memerlukan penglibatan semua termasuk kementerian, kerajaan negeri, syarikat penerbangan, penggiat industri pelancongan serta rakyat Malaysia sendiri. Jelasnya, pelancongan hanya dapat berkembang dalam suasana stabil, inklusif dan saling menghormati. “Semua pihak termasuk pemimpin politik perlu berhati-hati dalam tutur kata dan tindakan. Isu perkauman dan keagamaan yang boleh menjejaskan persepsi pelawat asing serta imej Malaysia di peringkat antarabangsa. “Pelawat perlu berasa selamat dan dialu-alukan. Malaysia mesti terus memaparkan imej negara yang harmoni, stabil dan berkeyakinan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. King Sing berkata, strategi promosi global negara kini sedang giat dilaksanakan melalui gabungan platform digital dan konvensional, termasuk kerjasama dengan pempengaruh, kempen media sosial serta promosi di luar negara. Malah, sektor swasta, termasuk hotel, resort dan pengusaha pelancongan perlu memainkan peranan dalam menarik pelancong datang ke negara ini. “Hotel, resort dan pengusaha pelancongan perlu memainkan peranan melalui pelaburan, inovasi dan penambahbaikan perkhidmatan. Kejayaan pelancongan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. “Negeri-negeri yang kaya dengan warisan budaya dan seni akan terus diketengahkan, kerana pelancong kini mencari pengalaman bermakna, kisah yang diwarisi turun-temurun, masakan tradisional asli dan keramahan rakyat Malaysia,”ujarnya. Pada masa sama katanya, kerajaan turut akan memberi penekanan kepada jaminan kualiti melalui sistem Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) yang merangkumi pelbagai sektor pelancongan termasuk budaya, alam semula jadi, marin, pengembaraan dan MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen serta pameran). “Usaha ini turut diperkukuh melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan keterlihatan serta kebolehcapaian Malaysia sebagai destinasi pelancongan,” katanya. Sumber:-KOSMO! ONLINE
|
prince_marhaen replied at 2-1-2026 04:31 PM
Takyah nak dunia sangat lah... hujung2 Cina hancing daripada tanah besar je penuh kat airport & mall ...
Purestteam1 replied at 2-1-2026 05:10 PM
x berseri langsung
PULANGKAN replied at 2-1-2026 06:23 PM
dia ni bila la nak kena tukar. asal berita muka dia je mesti negatif
untuk menteri pelancongan, dia ...
Minami2013 replied at 2-1-2026 02:32 PM
Setuju komen atas2 ni... Mmg tgk muka dia pun rase menjengkelkan. Ada org muka hodoh pun tapi kita t ...

Minami2013 replied at 2-1-2026 10:32 PM
Setuju komen atas2 ni... Mmg tgk muka dia pun rase menjengkelkan. Ada org muka hodoh pun tapi kita t ...
sharlenetexas replied at 5-1-2026 02:40 PM
Muka hodoh cari gaduh
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.162111 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.