CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat

2-1-2026 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1874| Komen: 18

 



Pelakon dan penyampai radio, berkongsikan Sharifah Shahirah membawa anaknya, Audra atau lebih mesra disapa Odah untuk menunaikan zakat.

Menerusi satu hantaran di Threads, Shiera membawa anaknya untuk mendaftar di pusat zakat untuk menunaikan zakat pendapatan.

 

“Hari terakhir, mana sempat sahajalah. Mama daftar dekat sini, lepas ini bayar sendiri tau,” tulisnya.

Sementara itu, Shiera juga berharap agar anak perempuannya sentiasa melaksanakan rukun Islam setiap tahun.

“Kalau pendapatan RM10,000, hanya perlu bayar RM250. Pergi sahaja atau bayar secara online. Sekejap sahaja, walaupun sikit awak bayar tapi cakna tentang zakat,” katanya.

Perkongsian Shiera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu dalam mendidik anak untuk menunaikan kewajipan.


 


Sumber: Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 2-1-2026 01:10 PM
Makcik ni kadang2 over
Quote brainbiru 2-1-2026 02:38 PM
Cuma nak tanya soalan serious.. bawah 18 dah wajib bayar zakat ye? Maaf saya kurang arif bab ni... dan malas nak gugel...
Quote evilcooler80 2-1-2026 03:22 PM
brainbiru replied at 2-1-2026 02:38 PM
Cuma nak tanya soalan serious.. bawah 18 dah wajib bayar zakat ye? Maaf saya kurang arif bab ni... d ...

Bukan ikut umur tapi ikut kemampuan. Bila dah penuhi semua syarat utk menjadi pembayar zakat maka hukum dia jadi wajib utk tunaikan zakat.
Quote brainbiru 2-1-2026 08:04 PM
evilcooler80 replied at 2-1-2026 03:22 PM
Bukan ikut umur tapi ikut kemampuan. Bila dah penuhi semua syarat utk menjadi pembayar zakat maka  ...

Noted. Tq ye.
Quote orkid_amani 2-1-2026 08:54 PM
Zakat ada kiraan dia kan..bukan boleh assume setiap 10k bayar RM250..ni apa yg aii tau laa dulu masa teman bapak aii p bayaq zakat padi.. org zakat tu ada kiraan dia utk setiap sektor sumber pendapatan kita tu
Quote caca_eric 3-1-2026 02:59 AM
2.5% drp pendapatan tahunan..
10k setahun ptt tak kena zakat
10k sebulan la ni kan..
Quote caca_eric 3-1-2026 02:59 AM
orkid_amani replied at 2-1-2026 08:54 PM
Zakat ada kiraan dia kan..bukan boleh assume setiap 10k bayar RM250..ni apa yg aii tau laa dulu masa ...

Tolak tanggunan tp sbb odah takda tanggungan
Quote orkid_amani 3-1-2026 08:43 AM
caca_eric replied at 3-1-2026 02:59 AM
Tolak tanggunan tp sbb odah takda tanggungan

Yaa mcm2 gak zakat tanya & kira sebelum tentukan jumlah yg perlu dibayar. Tp mmg bagus laa.. husband aii buat direct potongan gaji
Quote cap_ayam 3-1-2026 08:59 AM
Alhamdulillah semoga bertambah murah rezeki Odah
Quote ENWHY 3-1-2026 02:58 PM
ZORRO5555 replied at 2-1-2026 01:10 PM
Makcik ni kadang2 over

Setuju sgtttttt
Quote Perawankota 4-1-2026 12:20 PM
Maknanya monthly income si Odah ni besar jugaklah
Quote che_yatt 4-1-2026 04:05 PM
Odah ni homeschool ka?
Quote meah_kelabu 5-1-2026 08:17 AM
more kpd nk terapkan bayar zakat ni. bg dia awareness
benda bagus kite raikan je la kan
Quote meah_kelabu 5-1-2026 08:17 AM
more kpd nk terapkan bayar zakat ni. bg dia awareness
benda bagus kite raikan je la kan
Quote L.U.S.M 5-1-2026 08:19 AM
Edited by L.U.S.M at 5-1-2026 08:20 AM

Zakat kena bayar bila cukup haul(tempoh)and nisab(amount yg dikenakan)

Klu 10k mana kena zakat..lagi2 kalau pendapatan tu hasil nyanyian yang terang2 haram / syubhah

Anak beranak budussss
Quote ariel_mermaid 7-1-2026 12:28 AM
Malas nak kecam.. artis kan.. kurang² dah tau nak pergi pusat zakat tu, pakai la selendang ke
Quote dekmieDandy 7-1-2026 09:59 AM

haritu terbaca kawan dia komen, masih sekolah biasa

tapi dah banyak skip school day ni, tak tahu lar sekarang macam mana
Quote areyam 7-1-2026 10:33 AM
ariel_mermaid replied at 7-1-2026 12:28 AM
Malas nak kecam.. artis kan.. kurang² dah tau nak pergi pusat zakat tu, pakai la selendang ke

pakai cap dapat la tutup rambut sikit...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.188996 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top