|
PETALING JAYA – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan ‘ribut peletakan jawatan’ dalam Perikatan Nasional (PN) sejak kebelakangan ini tidak sebesar yang dijangka. Ini kerana kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ‘ribut’ tersebut tidak berlaku di peringkat kawasan ataupun Parlimen. “Alhamdulillah, melihat kepada ‘ribut peletakan jawatan’ dalam Perikatan Nasional yang berlaku sehari dua ini, ia tidaklah sebesar seperti yang dijangka. “Di peringkat kawasan atau Parlimen pun, tidaklah berlaku ribut yang sama,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook. Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, ramai lagi pengerusi PN di peringkat negeri dan kawasan yang masih menggalas mandat. Malah katanya, kesemua pemimpin itu masih menunggu arahan kerja dari Pengerusi PN yang baharu. “Insya-Allah Perikatan Nasional akan terus mara ke depan dengan semangat baharu. Selamat Tahun Baharu 2026,”katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa nama besar dalam PN telah meletakkan jawatan dalam pakatan tersebut termasuklah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pengerusi di peringkat negeri. Sumber: – KOSMO! ONLINE |
jejai replied at 2-1-2026 05:28 PM
langkah apa pulak lepas ni...langkah OYO?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058018 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.