CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1314|Reply: 3

‘Ribut’ peletakan jawatan tidak sebesar yang dijangka – Ahmad Fadhli

[Copy link]
Post time 1-1-2026 01:26 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan ‘ribut peletakan jawatan’ dalam Perikatan Nasional (PN) sejak kebelakangan ini tidak sebesar yang dijangka.


Ini kerana kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ‘ribut’ tersebut tidak berlaku di peringkat kawasan ataupun Parlimen.


“Alhamdulillah, melihat kepada ‘ribut peletakan jawatan’ dalam Perikatan Nasional yang berlaku sehari dua ini, ia tidaklah sebesar seperti yang dijangka.
“Di peringkat kawasan atau Parlimen pun, tidaklah berlaku ribut yang sama,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook.


Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, ramai lagi pengerusi PN di peringkat negeri dan kawasan yang masih menggalas mandat.


Malah katanya, kesemua pemimpin itu masih menunggu arahan kerja dari Pengerusi PN yang baharu.


“Insya-Allah Perikatan Nasional akan terus mara ke depan dengan semangat baharu. Selamat Tahun Baharu 2026,”katanya.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa nama besar dalam PN telah meletakkan jawatan dalam pakatan tersebut termasuklah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pengerusi di peringkat negeri.  


Sumber:  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 05:28 PM | Show all posts
langkah apa pulak lepas ni...langkah OYO?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jejai replied at 2-1-2026 05:28 PM
langkah apa pulak lepas ni...langkah OYO?

Dah xde langkah2, ni dah terkangkang terus.. Katenye ade 4 lori calon terbaik dr PN utk ganti muhyiddin, kite tunggu je la
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 3-1-2026 12:26 AM

Taktau kenapa tak gemar tgk dia ni mcm ada aura negatif jenis org sinis

Tp mmg betul pun kan semua hantaran dia kat socmed berbaur sinis, joy killer
Aritu kemain dia sindir pasal kawan makan kawan alih2 bila semua ahli mejelis tertinggi resign dia senyum sinis kononnya ribut tidak besar blablablaaa
Maklumlah parti dia katanya bakalan jadi ketua PN tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.657902 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list