|
Kuantan: Durian musang king, IOI, D24, udang merah dan duri hitam yang sebelum ini dijual dengan harga kayangan, kini mampu dibeli semua lapisan masyarakat apabila ditawarkan antara RM10 hingga RM15 sekilogram mengikut gred serta saiz.
Peniaga, Mohd Azmi Osman, 40, berkata, durian di Raub dan Segamat yang gugur secara serentak dengan jumlah yang banyak berlaku sejak pertengahan bulan ini dan dijangka berakhir bulan depan. Menurutnya, apabila buah banyak menyebabkan harganya jatuh seterusnya memberi peluang pada kepada raja buah itu memenuhi selera dan keinginan tanpa rasa bimbang perlu membayar pada kayangan. Katanya, dia mendapat bekalan durian klon dan kampung dari Segamat yang sememangnya terkenal dengan raja buah itu, bekalan buah diterima daripada pemborong utama selain membeli terus di kebun selain memajak pokok. "Musim kali ini membuka peluang pada penggemar durian menikmati raja buah itu dengan sepuas-puasnya, musang king yang sebelum ini dijual dengan harga mahal namun kini harganya apabila dijual antara RM10 hingga RM15 mengikut gred serta saiz. "Selain dijual secara timbang, pasaran turut dilakukan secara bakul dan guni dengan harga antara RM25 hingga RM30 bagi durian kampung," katanya, di sini hari ini. Rakannya, Md Faizal Mat Daut, 45, berkata, selain durian Segamat dia turut mendapat bekalan dari pekebun dan pemborong di Raub yang mengusahakan tanaman di atas tanah sendiri bukan tanah haram. "Saya gembira dapat memasarkan durian pada harga lebih murah berbanding sebelum ini yang dianggap sebagai buah kayangan kerana harganya begitu mahal dan membebankan golongan berpendapatan rendah," katanya. Sumber : Harian Metro
|
Rakannya, Md Faizal Mat Daut, 45, berkata, selain durian Segamat dia turut mendapat bekalan dari pekebun dan pemborong di Raub yang mengusahakan tanaman di atas tanah sendiri bukan tanah haram.
ZORRO5555 replied at 31-12-2025 08:23 PM
Black thorn padu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.120588 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.