CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1557|Reply: 14

Musang king, IOI, D24, udang merah dan duri hitam kini RM10 hingga RM15 sekilogram

[Copy link]
Post time 31-12-2025 06:04 PM | Show all posts |Read mode





Kuantan: Durian musang king, IOI, D24, udang merah dan duri hitam yang sebelum ini dijual dengan harga kayangan, kini mampu dibeli semua lapisan masyarakat apabila ditawarkan antara RM10 hingga RM15 sekilogram mengikut gred serta saiz.

Peniaga, Mohd Azmi Osman, 40, berkata, durian di Raub dan Segamat yang gugur secara serentak dengan jumlah yang banyak berlaku sejak pertengahan bulan ini dan dijangka berakhir bulan depan.

Menurutnya, apabila buah banyak menyebabkan harganya jatuh seterusnya memberi peluang pada kepada raja buah itu memenuhi selera dan keinginan tanpa rasa bimbang perlu membayar pada kayangan.

Katanya, dia mendapat bekalan durian klon dan kampung dari Segamat yang sememangnya terkenal dengan raja buah itu, bekalan buah diterima daripada pemborong utama selain membeli terus di kebun selain memajak pokok.

"Musim kali ini membuka peluang pada penggemar durian menikmati raja buah itu dengan sepuas-puasnya, musang king yang sebelum ini dijual dengan harga mahal namun kini harganya apabila dijual antara RM10 hingga RM15 mengikut gred serta saiz.

"Selain dijual secara timbang, pasaran turut dilakukan secara bakul dan guni dengan harga antara RM25 hingga RM30 bagi durian kampung," katanya, di sini hari ini.

Rakannya, Md Faizal Mat Daut, 45, berkata, selain durian Segamat dia turut mendapat bekalan dari pekebun dan pemborong di Raub yang mengusahakan tanaman di atas tanah sendiri bukan tanah haram.

"Saya gembira dapat memasarkan durian pada harga lebih murah berbanding sebelum ini yang dianggap sebagai buah kayangan kerana harganya begitu mahal dan membebankan golongan berpendapatan rendah," katanya.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap musim puasa/Raya nanti lambakan durian Dan buah2an tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 07:59 PM | Show all posts
Rakannya, Md Faizal Mat Daut, 45, berkata, selain durian Segamat dia turut mendapat bekalan dari pekebun dan pemborong di Raub yang mengusahakan tanaman di atas tanah sendiri bukan tanah haram.


Bagus abang ni, peniaga cenggini yang kita mahukan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Black thorn padu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ZORRO5555 replied at 31-12-2025 08:23 PM
Black thorn padu

Dah jadik fav doyan iols jgk
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 09:19 PM | Show all posts
boleh lah JJCM makan durian this weekend
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ZORRO5555 replied at 31-12-2025 08:23 PM
Black thorn padu

Beli mana????
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Doyan or nasi bariani budin... hmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah musim durina
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 04:56 PM | Show all posts
apa yg baru pasal harga naik ni? semua naik. x de sapa boleh turunkan. redah je la
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Timbang ngn kulit sekali..tp sayang tableh mkan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Quality ok ke x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana yg murah durian..location pls
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
langsung tak berminat
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape2 yg tahu blh la share location yer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.244558 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list