CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fury Redemption : Adam Lee terima tujuh jahitan di kening, Alif pula luka di kepala

29-12-2025 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 784| Komen: 7

  



Pelakon Adam Lee menerima tujuh jahitan pada kening selepas terkena siku pempengaruhh dan pelakon Alif Muhaimin pada perlawanan sukan tempur, Fury Redemption, malam tadi.

Insiden itu menyaksikan darah mengalir pada kening hingga ke bahagian pipi sebelum Adam tumbang di gelanggang sekali gus tewas di tangan Alif menerusi kiraan Technical Knockout (TKO).

Alif turut mengalami luka pada kepala selepas menerima serangan bertali arus daripada Adam.

Perlawanan berlangsung dua pusingan itu menyaksikan persaingan sengit antara Adam dan Alif apabila masing-masing saling berbalas tumbukan dan sepakan.

Bagaimanapun, hubungan mereka selepas perlawanan dilihat baik apabila saling bergambar meskipun sesi praperlawanan dilihat 'panas' dengan masing-masing bertikam lidah.


Alif menerusi hantaran di Instagram (IG) turut berkongsi foto bersama Adam, selain menzahirkan ucapan penghargaan kepada lawannya itu.

Sebelum ini, Adam berkongsi penyertaannya dalam acara Fury Redemption bagi membuktikan kemampuan sebenar dengan harapan dapat membuka mata syarikat produksi dalam memberi tawaran membintangi naskhah aksi.

Sumber : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-12-2025 07:44 PM
Dorg join ni di bayar ke? Sampai si Adam ni sanggup lose weight bagai..
Quote ZORRO5555 29-12-2025 07:46 PM
Get well soon
Quote helicornia 29-12-2025 08:21 PM
Perawankota: Dorg join ni di bayar ke? Samp ...

Tk tau la dibayar ke, tp adam ckp dia join sbb nak dpt peluang berlakon filem aksi
Quote sukacactus 29-12-2025 08:33 PM
Dah berparut muka
Awak tu aktor
Quote mawarberbisa 29-12-2025 11:56 PM
dia dan bini nya kuat betul vibe poyo
Quote babelina 30-12-2025 11:25 AM
semangat dia demi nk dpt filem2 aksi.. salah satu effort.. org pn share sana cni kt tiktok.. nasib baik rezki dia..  dpt la nanti berlakon filem2 aksi nanti.. insyaAllah..
Quote KamikuP 30-12-2025 03:41 PM
Good effort. Bagus la ada inisiatif nak berlakon aksi lasak. Tak le asyik2 hero tua RN je berlakon filem aksi.. poyo betoi.. ekekek

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.093729 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top