|
PERNAH dibesarkan di Switzerland, aktres Deanna Yusof menegaskan dia meraikan Hari Krismas kerana berasakan perayaan tersebut ‘hidup’ dalam jiwanya.
Menurut Deanna yang juga berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Hari Natal membawa makna berbeza dan besar dalam hidupnya selama ini. “Jika anda sedang meraikan Krismas, semoga dihujani rasa cinta, keindahan dan keajaiban yang bermakna. “Hari Krismas sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam jiwa saya. Bukan kerana agama atau tradisi tetapi kerana perasaan dalam diri saya. “Walaupun kini menetap di Asia, saya membesar di kawasan desa Switzerland yang diselimuti salji, di mana Krismas sangat bermakna keluarga, kebersamaan dan kegembiraan yang menyentuh jiwa,” katanya dalam Instagram. Ujar Deanna, dia juga kerap menerima pertanyaan daripada orang ramai yang mempersoal mengapa dia menyambut perayaan tersebut. “Bagi saya, hari Krismas bukan sekadar perayaan tetapi adalah musim keberadaan, rasa memiliki dan kehangatan. “Selama bertahun-tahun, ada yang mengangkat kening dan bertanya ‘kenapa awak meraikan hari Krismas?’ “Jawapan saya mudah, kerana saya memilih untuk menghormati apa yang memberi cahaya dalam diri saya. Kerana semua itu memberi kenangan dan perasaan yang terpahat dalam diri saya,” ujarnya. Katanya, tiada mana-mana individu yang boleh menghalangnya dari menyambut perayaan yang diraikan penganut Kristian tersebut. “Sebahagian daripada insan yang pernah meraikannya bersama saya kini telah tiada. “Ada juga tahun di mana saya tidak berada di Switzerland. Krismas hidup dalam diri saya dan tiada siapa yang mampu merampasnya. “Semoga awak dan insan tersayang menikmati hari yang indah, walaubagaimana cara kalian memilih untuk meraikannya,” kongsinya. Sumber:– HIBGLAM
|
Jamalulail replied at 30-12-2025 05:21 AM
amat memalukan. bkn dia x tau ke bergmbr dgn pokok krismas tu pon adalah haram dlm islam.
dua_chzy replied at 30-12-2025 01:51 AM
Kenapa la pi botox, pi fillered pi buat muka tu camtu acik. Kan dah tak lawa macam dulu. Contohi May ...
sharlenetexas replied at 30-12-2025 04:15 AM
Dia ada reno jugak ke. Ingatkan age gracefully.
dua_chzy replied at 30-12-2025 01:51 AM
Kenapa la pi botox, pi fillered pi buat muka tu camtu acik. Kan dah tak lawa macam dulu. Contohi May ...
dua_chzy replied at 30-12-2025 01:51 AM
Kenapa la pi botox, pi fillered pi buat muka tu camtu acik. Kan dah tak lawa macam dulu. Contohi May ...
dua_chzy replied at 30-12-2025 12:53 PM
Manada age gracefully muka camtu, senyum pelik. Memang botox tu.
sharlenetexas replied at 30-12-2025 04:44 PM
Ni ada reno muka jugak ke?
fattymah replied at 30-12-2025 05:00 PM
Hat ni biasa je nyah jumpa kat kari kapla ikan salim ipoh.. biasa² je mukanya
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.356877 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.