CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1788|Reply: 23

‘Krismas hidup dalam diri, tiada siapa mampu merampasnya’ - Deanna Yusof

[Copy link]
Post time 29-12-2025 10:28 AM | Show all posts |Read mode





PERNAH dibesarkan di Switzerland, aktres Deanna Yusof menegaskan dia meraikan Hari Krismas kerana berasakan perayaan tersebut ‘hidup’ dalam jiwanya.

Menurut Deanna yang juga berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Hari Natal membawa makna berbeza dan besar dalam hidupnya selama ini.

“Jika anda sedang meraikan Krismas, semoga dihujani rasa cinta, keindahan dan keajaiban yang bermakna.

“Hari Krismas sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam jiwa saya. Bukan kerana agama atau tradisi tetapi kerana perasaan dalam diri saya.

“Walaupun kini menetap di Asia, saya membesar di kawasan desa Switzerland yang diselimuti salji, di mana Krismas sangat bermakna keluarga, kebersamaan dan kegembiraan yang menyentuh jiwa,” katanya dalam Instagram.

Ujar Deanna, dia juga kerap menerima pertanyaan daripada orang ramai yang mempersoal mengapa dia menyambut perayaan tersebut.

“Bagi saya, hari Krismas bukan sekadar perayaan tetapi adalah musim keberadaan, rasa memiliki dan kehangatan.

“Selama bertahun-tahun, ada yang mengangkat kening dan bertanya ‘kenapa awak meraikan hari Krismas?’

“Jawapan saya mudah, kerana saya memilih untuk menghormati apa yang memberi cahaya dalam diri saya. Kerana semua itu memberi kenangan dan perasaan yang terpahat dalam diri saya,” ujarnya.

Katanya, tiada mana-mana individu yang boleh menghalangnya dari menyambut perayaan yang diraikan penganut Kristian tersebut.

“Sebahagian daripada insan yang pernah meraikannya bersama saya kini telah tiada.

“Ada juga tahun di mana saya tidak berada di Switzerland. Krismas hidup dalam diri saya dan tiada siapa yang mampu merampasnya.

“Semoga awak dan insan tersayang menikmati hari yang indah, walaubagaimana cara kalian memilih untuk meraikannya,” kongsinya.  


Sumber:– HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la pi botox, pi fillered pi buat muka tu camtu acik. Kan dah tak lawa macam dulu. Contohi Maya Karin all natural (sampai nampak macam tak buat apa2 procedure lansung) or Sheila Majid.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:21 AM | Show all posts
amat memalukan. bkn dia x tau ke bergmbr dgn pokok krismas tu pon adalah haram dlm islam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Jamalulail replied at 30-12-2025 05:21 AM
amat memalukan. bkn dia x tau ke bergmbr dgn pokok krismas tu pon adalah haram dlm islam.

Husband aku yg mmg lahir2 Kristian pun x bergambar dgn pokok Krismas time Krismas ... Dh masuk Islam pun x celebration Krismas cuma aku lah jakun sket hahah selalu nk celebrate .. laki aku selalu gak marah aku .. tp bila raya kita laki aku terpaling sambut ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tgk her caption during lebaran. Panjang lebar gitu jua ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 11:17 AM | Show all posts
lama ke pun dia duduk swiss sana tu sebelum pindah malaysia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 30-12-2025 11:44 AM

Ala chuols ni, dia membesar dgn mak dia kat Switzerland sana dah besar baru dia dtg mesia balik.  For sure lebih celeb christmas dr raya kut (entah celeb raya ntah tidak).  Masa mula dia berlakon kan mana fasih ckp melayu citer einggit karshoga tu.  Tiara ckp pun lagi fasih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ler bergambo dengan pokok pun nak bising ke? Cantik kot pokok2 time Krismas. Nak2 tengah winter ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-12-2025 01:51 AM
Kenapa la pi botox, pi fillered pi buat muka tu camtu acik. Kan dah tak lawa macam dulu. Contohi May ...

Dia ada reno jugak ke. Ingatkan age gracefully.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai. Perbazaan budaya je. Meols ada soft spot kat org2 lahir kacuk & yg baru masuk Islam. Pandangla dari perspective yg lain. Diorg ada ahli keluarga yg sambut chirsmas jugak. Tak semestinya dia p sembah Jesus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-12-2025 04:15 AM
Dia ada reno jugak ke. Ingatkan age gracefully.

Manada age gracefully muka camtu, senyum pelik. Memang botox tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 01:31 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 30-12-2025 01:51 AM
Kenapa la pi botox, pi fillered pi buat muka tu camtu acik. Kan dah tak lawa macam dulu. Contohi May ...

kak jee jua (fauziah latiff)...lawonya dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:18 PM | Show all posts
at least dia mmg mixed mat salleh tak macam marion padahal cina bukit tetiba paling kristian nak celebrate
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-12-2025 01:51 AM
Kenapa la pi botox, pi fillered pi buat muka tu camtu acik. Kan dah tak lawa macam dulu. Contohi May ...

Tapi maya tu penuaan dia sgt truk la. Kenapa tah. Tak rajen sapu sunscreen ke sbb dia kan aktif aktiviti laut. Mcm tak jaga makan pon ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-12-2025 12:53 PM
Manada age gracefully muka camtu, senyum pelik. Memang botox tu.

Ni ada reno muka jugak ke?
  



Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-12-2025 04:44 PM
Ni ada reno muka jugak ke?

Hat ni biasa je nyah jumpa kat kari kapla ikan salim ipoh.. biasa² je mukanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling western
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 30-12-2025 05:00 PM
Hat ni biasa je nyah jumpa kat kari kapla ikan salim ipoh.. biasa² je mukanya

Tgk latest video nmpk lain sikit.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni umur berapa? 50? 60? 60s kid atau 70s kid. Tentu dia merasa suasana kampung kat swiss sana dari tahun 1960an, 1970an. Macam cite Heidi.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau krismas belah southern hemisphere tentu rasa lain. Time summer takde salji.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049004 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list