CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isytihar pesakit masih hidup meninggal dunia, doktor junior dan seorang jururawat digantung tugas

29-12-2025 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 165| Komen: 0

 



KANPUR – Tiga kakitangan Hospital Lala Lajpat Rai termasuk seorang doktor junior dan seorang jururawat, digantung tugas selepas seorang pesakit yang masih hidup secara tersilap diisytiharkan meninggal dunia.

Pengetua Kolej Perubatan Ganesh Shankar Vidyarthi, Sanjay Kala berkata, kesilapan itu terbongkar apabila anggota polis tiba di wad perubatan untuk membawa mayat ke mortuari, namun mendapati pesakit masih bernyawa.

Menurut beliau, sebuah jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut dan diarah mengemukakan laporan dalam tempoh 48 jam.

"Dua pesakit gelandangan ditempatkan di katil bersebelahan di wad perubatan iaitu Vinod di katil 42 dan seorang lelaki tua tidak dikenali berusia sekitar 60 tahun di katil 43.

"Lelaki tua itu meninggal dunia semasa menerima rawatan pada Sabtu, namun doktor junior terbabit tersilap mengisi fail perubatan Vinod dan secara rasmi mengisytiharkannya sebagai meninggal dunia.

"Susulan itu, makluman dihantar ke Balai Polis Swaroop Nagar bagi tujuan prosedur bedah siasat, namun sebaik polis tiba untuk mengambil mayat, mereka terkejut apabila mendapati Vinod masih hidup," katanya.

Dalam pada itu Sanjay memaklumkan, kesilapan tersebut berpunca daripada dokumentasi tidak tepat apabila doktor junior terbabit secara tidak sengaja mengisi fail pesakit yang salah.

Susulan itu rekod berkenaan telah diperbetulkan dan dihantar semula kepada pihak polis.

Sumber:– Sinar Harian
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.270951 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top