|
Kuala Lumpur : "Saya tak peduli kerana tuduhan itu semua tidak benar," demikian tegas Datin Seri Rosmah Mansor ketika mengulas dakwaan pihak tertentu yang sering menuding jari ke arahnya sebagai punca kejatuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Isteri kepada bekas pemimpin negara itu menyifatkan segala tohmahan dilemparkan terhadapnya sebagai sesuatu yang tidak berasas, malah memilih untuk tidak membiarkan kata-kata nista mengganggu emosinya. Menurut beliau, keyakinan itu hadir kerana individu paling dekat dengannya termasuk ahli keluarga serta sahabat handai lebih mengetahui kebenaran di sebalik segala naratif negatif yang dibina pihak luar. Dalam pertemuan bersama BH di kediamannya di sini semalam, Rosmah yang tampil dengan riak wajah tenang menjelaskan keutamaan beliau kini untuk kekal bersemangat demi kelangsungan dan kekuatan seluruh ahli keluarganya dalam mendepani ujian getir ketika ini. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan terhadap segelintir pihak, khususnya pemimpin politik, yang dilihat seolah-olah berpesta di atas penderitaan yang sedang dialami oleh keluarganya. "Apa yang menyedihkan ialah apabila ada pihak yang bergembira dengan kesusahan dan dugaan keluarga kami," katanya merujuk reaksi sorakan beberapa pemimpin parti selepas Najib disabitkan kesalahan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Walau seberapa banyak pun kebencian mereka terhadap Najib dan saya, saya rasa tidak perlulah ada yang bergembira atas kesusahan kami," luahnya lagi dengan nada terkilan. Untuk rekod, Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda berjumlah lebih RM11 bilion berhubung kes tersebut. Mengulas lanjut fasa kehidupannya ketika ini, Rosmah berkata, beliau lebih selesa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah SWT supaya keadilan serta kebenaran dapat ditegakkan pada masa hadapan. Beliau secara terbuka menyatakan bahawa apa yang berlaku pada hari ini mempunyai kaitan rapat dengan percaturan politik tanah air. "Sebagai seorang isteri, tanggungjawab utama kini untuk terus memberikan sokongan moral melalui doa. "Semua orang tahu, apa yang berlaku hari ini adalah kerana politik. Sebagai isteri, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keadilan untuk suami saya," katanya. Menyentuh rutin harian, beliau memaklumkan masanya kini banyak dihabiskan dengan menguruskan cucu dan keluarga, selain dikelilingi sahabat serta saudara-mara yang menjadi 'support system' (sistem sokongan) paling kuat buatnya. "Solat, mengaji... semua amalan saya dengan Allah SWT tak perlu saya ceritakan semuanya. Pastinya saya sebagai isteri sentiasa mendoakan suami saya," katanya. Meskipun melalui tempoh mencabar, Rosmah berkata, beliau perlu sentiasa mempamerkan imej tenang kerana itu keinginan Najib sendiri. "Saya pasti itu yang beliau (Najib) mahu, saya kena kuat demi keluarga kami. Jika diikutkan, sebenarnya beliau lebih marah mengenai cerita-cerita palsu yang tersebar kini," katanya. Mendedahkan isi hati suaminya, Rosmah berkata, perkara paling dikesali bekas Perdana Menteri itu adalah kehilangan peluang untuk melihat cucu-cucunya membesar di depan mata. "Banyak 'milestone' (detik penting) dalam keluarga yang beliau terlepas. Itu yang paling kami kesalkan. "Cucu-cucu semuanya amat menyayangi datuk mereka dan sering bertanya mengenai Najib. Kami cuba sedaya upaya melindungi mereka dan berkongsi seberapa banyak yang boleh," katanya. Jumaat lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion atas 25 pertuduhan membabitkan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB. Mahkamah mendapati Najib bersalah atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA). Sumber:– Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 29-12-2025 10:32 AM
kenapa rupanya jadi begitu?

kucingitam replied at 29-12-2025 05:54 PM
tapi kak mah takde hadir mahkamah tiap kali DSNR dtg kan? Tak macak Kak Wan, asal hari perbicaraan D ...

iolss replied at 29-12-2025 02:51 PM
gitu....... play victim nye. hi kak mah, if u baca porum dgr nih. u bertobat, itu antara u dgn Allah ...
"Walau seberapa banyak pun kebencian mereka terhadap Najib dan saya, saya rasa tidak perlulah ada yang bergembira atas kesusahan kami," luahnya lagi dengan nada terkilan.
ADVERTISEMENT