|
“ALHAMDULILLAH okey, saya sihat walafiat.”
Demikian respons pelakon Datuk Remy Ishak selepas diserang sakit dada seperti terkena renjatan elektrik sehingga perlu mendapatkan rawatan semalam. Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh semalam, kesihatan badannya berada dalam keadaan baik dan semua itu berlaku disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya. “Perkara semalam itu berlaku bila tak cukup rehat saja. “Tapi semuanya okey termasuk keputusan darah dan sinar-X (X-ray), syukur,” katanya kepada HibGlam hari ini. Ditanya sama ada doktor meminta perkara lain selain rehat, bintang filem Sangkar itu memberitahu, rutin pemakanannya bukan penyebab kepada berlakunya perkara tersebut. “Tiada perkara lain yang doktor nasihatkan. Diet pemakanan saya ‘clean’ dan semua teratur, alhamdulillah,” ujarnya. Semalam, Remy berkongsi pengalaman apabila dadanya seperti terkena renjatan elektrik sebanyak tiga kali. Insiden tersebut berlaku ketika dia melakukan rutin senaman sebelum memilih untuk melakukan pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan. Sumber:– HIBGLAM
|
Perawankota: So, klu bukan sakit jantung, rasa seperti electric shock tu apa Puncanya? Aku sampai sudah carik jawapan tak dapat
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062939 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.