CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nga Kor Ming Luah Rasa Kesal Sampah Dibuang Merata Di Kawasan Pusat Bandar

26-12-2025 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 432| Komen: 7

 



Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meluahkan kekesalan apabila kawasan tumpuan di pusat bandar dipenuhi dengan sampah sarap.

Menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook kementerian itu, Nga berkata beliau memandang serius dan amat kesal apabila menerima laporan mengenai tahap kebersihan yang terjejas akibat sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata.

Tegasnya, Malaysia kini sedang melangkah ke arah negara maju dan bersedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

 


"Persoalannya, adakah ini budaya kita? Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini mencemarkan imej bandar raya serta nama negara di mata masyarakat dan pelancong.

"Kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa komited melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan bandar berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa.

"Namun, usaha ini tidak akan berkesan tanpa kesedaran dan kerjasama orang ramai," katanya.

Menurutnya lagi, kebersihan bandar bukan semata-mata tanggungjawab kerajaan, SWCorp atau PBT, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

"Mulai 1 Januari 2026, tindakan lebih tegas akan diambil oleh SWCorp dan PBT. Mana-mana individu yang didapati membuang sampah kecil di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, selain hukuman tambahan Perintah Khidmat Masyarakat maksimum 12 jam dalam tempoh enam bulan.

"Pendekatan ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran," ujarnya lagi.

Beliau turut menyeru kepada semua pihak agar menghormati ruang awam yang dikongsi bersama.

Apa jua perayaan atau aktiviti perlu diraikan dengan penuh kesedaran sivik, gunakan tong sampah yang disediakan dan patuhi undang-undang demi kebersihan bandar.

"Bandar yang bersih mencerminkan masyarakat yang berbudaya tinggi. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha SWCorp dan PBT dalam menjadikan bandar kita lebih bersih, lestari dan berdaya huni untuk generasi akan datang," katanya.

Sumber: KPKT Malaysia, Siakap Keli



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hmmlantakko 26-12-2025 06:00 PM
kalau bukit bintg di Kel aku rs doploh pat page thread ni..


KOHKOHKOHKOH..

begitulah maknosia.
memilih2 n biasss tu sukar dipisahkan dr hari nurani
Quote Isninselasarabu 26-12-2025 11:43 PM
Cube check kt puchong.. rata2 kedai makan org cine bapak kotor.. pengotor yakmat..sekian
Quote TOPwind 27-12-2025 04:23 PM
Edited by TOPwind at 27-12-2025 04:25 PM

Nga Pekong Man

siapa MenteriNYA cina jugakan

KL ni penoh degan pelancong dari China dan India

dan penduduk KL pun 90% cina. sbb tu kotor

Putrajaya bersin je

sbb penduduk 100 melayu dan ramai pelawat adalah melayu
Quote Skuau 27-12-2025 05:25 PM
"Kita asing worang tada ini maciam..ini misti bodoh Malaysia worang buat".- Bangla,indon,pakis,nepal,myanmar,rohingya,cina sana,india sana dll
Quote miss_white 28-12-2025 05:26 PM
Skuau replied at 27-12-2025 10:25 AM
"Kita asing worang tada ini maciam..ini misti bodoh Malaysia worang buat".- Bangla,indon,pakis,nepal ...

Asing orang buat kotor asing orang juga sapu kutip sampah .alam flora asing org kerja..
Quote KamikuP 29-12-2025 09:45 AM
Tahun baru ni meolls nak standby bawak sampah dari rumah nak lempar merata KL .. ekekek

Quote ZORRO5555 29-12-2025 07:45 PM

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.121501 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top