|
View: 359|Reply: 7
|
Nga Kor Ming Luah Rasa Kesal Sampah Dibuang Merata Di Kawasan Pusat Bandar
[Copy link]
|
|
|
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meluahkan kekesalan apabila kawasan tumpuan di pusat bandar dipenuhi dengan sampah sarap.
Menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook kementerian itu, Nga berkata beliau memandang serius dan amat kesal apabila menerima laporan mengenai tahap kebersihan yang terjejas akibat sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata.
Tegasnya, Malaysia kini sedang melangkah ke arah negara maju dan bersedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
" ersoalannya, adakah ini budaya kita? Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini mencemarkan imej bandar raya serta nama negara di mata masyarakat dan pelancong.
"Kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa komited melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan bandar berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa.
"Namun, usaha ini tidak akan berkesan tanpa kesedaran dan kerjasama orang ramai," katanya.
Menurutnya lagi, kebersihan bandar bukan semata-mata tanggungjawab kerajaan, SWCorp atau PBT, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.
"Mulai 1 Januari 2026, tindakan lebih tegas akan diambil oleh SWCorp dan PBT. Mana-mana individu yang didapati membuang sampah kecil di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, selain hukuman tambahan Perintah Khidmat Masyarakat maksimum 12 jam dalam tempoh enam bulan.
" endekatan ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran," ujarnya lagi.
Beliau turut menyeru kepada semua pihak agar menghormati ruang awam yang dikongsi bersama.
Apa jua perayaan atau aktiviti perlu diraikan dengan penuh kesedaran sivik, gunakan tong sampah yang disediakan dan patuhi undang-undang demi kebersihan bandar.
"Bandar yang bersih mencerminkan masyarakat yang berbudaya tinggi. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha SWCorp dan PBT dalam menjadikan bandar kita lebih bersih, lestari dan berdaya huni untuk generasi akan datang," katanya.
Sumber: KPKT Malaysia, Siakap Keli |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bukit bintg di Kel aku rs doploh pat page thread ni..
KOHKOHKOHKOH..
begitulah maknosia.
memilih2 n biasss tu sukar dipisahkan dr hari nurani |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cube check kt puchong.. rata2 kedai makan org cine bapak kotor.. pengotor yakmat..sekian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TOPwind at 27-12-2025 04:25 PM
Nga Pekong Man
siapa MenteriNYA cina jugakan
KL ni penoh degan pelancong dari China dan India
dan penduduk KL pun 90% cina. sbb tu kotor
Putrajaya bersin je
sbb penduduk 100 melayu dan ramai pelawat adalah melayu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kita asing worang tada ini maciam..ini misti bodoh Malaysia worang buat".- Bangla,indon,pakis,nepal,myanmar,rohingya,cina sana,india sana dll  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Asing orang buat kotor asing orang juga sapu kutip sampah .alam flora asing org kerja..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun baru ni meolls nak standby bawak sampah dari rumah nak lempar merata KL .. ekekek

|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|