|
Kuala Lumpur: Jasad dua beranak yang ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di Flat Sentul Utama, Jalan Dato Senu di Sentul, di sini, hari ini, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, setakat ini, butiran mangsa masih belum diperoleh dan ketika kejadian, hanya mereka berdua ada di lokasi. "Polis menerima maklumat berkaitan kejadian, 7.13 pagi, hasil maklumat awam. "Bantuan ambulans dari HKL ke lokasi dan pengesahan kematian dibuat oleh pegawai perubatan dari hospital berkenaan," katanya.
Menurutnya, bomba memaklumkan, rumah itu musnah kira-kira 40 peratus dan punca kebakaran masih disiasat. Terdahulu, dua beranak ditemukan meninggal dunia dalam tandas kediaman mereka pada kebakaran terbabit. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, mangsa wanita berusia 82 tahun manakala anak lelakinya berumur 58 tahun. Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.867909 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.