|
Keputusan seorang personaliti media sosial untuk menidurkan kucing peliharaannya yang disahkan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.
Tindakan tersebut menerima pelbagai reaksi, namun majoriti netizen menyuarakan ketidaksetujuan dan berpendapat masih terdapat alternatif lain yang boleh diusahakan bagi menyelamatkan haiwan kesayangan itu. Isu berkenaan turut menarik perhatian Fara Salleh yang tampil berkongsi pengalaman peribadi menjaga kucing sakit. Menerusi hantaran di Threads, Fara mendedahkan dia sanggup berbelanja besar dan mengetepikan rasa malu demi memastikan kucing peliharaannya mendapat rawatan terbaik. "Kepada Iman Azman, saya berhabis RM16,000 untuk rawatan kucing saya selepas disahkan menghidap kanser. Saya juga pernah dikecam kerana sanggup tadah muka minta sumbangan orang ramai demi selamatkan kucing saya. "Terus terang saya menangis bila baca kisah kucing awak ditidurkan. Dalam masa sama, Tiger (kucing saya) ada kanser, dan seekor lagi ‘adik’ pula disahkan FIP." Tambah Fara, sepanjang tempoh getir itu dia terpaksa berulang-alik antara Johor dan Kuala Lumpur demi memastikan kedua-dua kucingnya mendapat rawatan rapi daripada doktor haiwan. "Tak terhitung berapa kali saya rush ke klinik veterinar. Seekor dimasukkan wad di Johor, seekor lagi di KL untuk rawatan kemoterapi. Alhamdulillah, ‘adik’ berjaya sembuh daripada FIP." Terdahulu, personaliti media sosial terbabit mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video kucing peliharaannya, Kibble yang disahkan menghidap FIP selepas menunjukkan simptom penyakit tersebut sejak beberapa bulan lalu. Dia memaklumkan FIP yang berpunca daripada mutasi virus korona pada kucing, merupakan penyakit kronik dan atas faktor itu dia memilih untuk menidurkan haiwan berkenaan. Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pencinta haiwan, khususnya mengenai pilihan rawatan, kos perubatan serta keupayaan pemilik dalam membuat keputusan terbaik demi kebajikan haiwan peliharaan mereka. Sumber: Threads, Oh Bulan
|
Mekgadis16: Ntah la. Aku takde la nak setu ...
Mimicomel replied at 26-12-2025 08:51 PM
iman tu sah2 berduit...dpt apple sponsorship hari tu tayang2 buat content ipad bagai.. takde hati p ...
Mimicomel replied at 26-12-2025 08:51 PM
iman tu sah2 berduit...dpt apple sponsorship hari tu tayang2 buat content ipad bagai.. takde hati p ...
L.U.S.M: Ni bukan janda syuk ke
MissVixen replied at 26-12-2025 09:15 PM
Pada pendapat aku iman ni memang tak suka kucing. Duit, anak2 tu alasan je. Kalau makanan lebihan ...
Mekgadis16 replied at 26-12-2025 12:52 PM
Ntah la. Aku takde la nak setuju sangat dengan apa dia buat (buat content tu), tapi tak semua orang ...
Mekgadis16 replied at 26-12-2025 12:52 PM
Ntah la. Aku takde la nak setuju sangat dengan apa dia buat (buat content tu), tapi tak semua orang ...
pocongkiutss replied at 27-12-2025 11:37 AM
"Tapi iman ni lagi jijik sebab tunggang isu haiwan yang dia tak sayang pun."
Yasss..setuju .dia l ...
pocongkiutss replied at 27-12-2025 11:37 AM
"Tapi iman ni lagi jijik sebab tunggang isu haiwan yang dia tak sayang pun."
Yasss..setuju .dia l ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.507281 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.