CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1493|Reply: 27

Fara Salleh Sedih Baca Kisah Kucing FIP, Kongsi Pengalaman Berhabis RM16,000 Untuk Tiger

[Copy link]
Post time 26-12-2025 12:44 PM | Show all posts |Read mode





Keputusan seorang personaliti media sosial untuk menidurkan kucing peliharaannya yang disahkan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Tindakan tersebut menerima pelbagai reaksi, namun majoriti netizen menyuarakan ketidaksetujuan dan berpendapat masih terdapat alternatif lain yang boleh diusahakan bagi menyelamatkan haiwan kesayangan itu.

Isu berkenaan turut menarik perhatian Fara Salleh yang tampil berkongsi pengalaman peribadi menjaga kucing sakit.

Menerusi hantaran di Threads, Fara mendedahkan dia sanggup berbelanja besar dan mengetepikan rasa malu demi memastikan kucing peliharaannya mendapat rawatan terbaik.

"Kepada Iman Azman, saya berhabis RM16,000 untuk rawatan kucing saya selepas disahkan menghidap kanser. Saya juga pernah dikecam kerana sanggup tadah muka minta sumbangan orang ramai demi selamatkan kucing saya.

"Terus terang saya menangis bila baca kisah kucing awak ditidurkan. Dalam masa sama, Tiger (kucing saya) ada kanser, dan seekor lagi ‘adik’ pula disahkan FIP."

Tambah Fara, sepanjang tempoh getir itu dia terpaksa berulang-alik antara Johor dan Kuala Lumpur demi memastikan kedua-dua kucingnya mendapat rawatan rapi daripada doktor haiwan.

"Tak terhitung berapa kali saya rush ke klinik veterinar. Seekor dimasukkan wad di Johor, seekor lagi di KL untuk rawatan kemoterapi. Alhamdulillah, ‘adik’ berjaya sembuh daripada FIP."

Terdahulu, personaliti media sosial terbabit mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video kucing peliharaannya, Kibble yang disahkan menghidap FIP selepas menunjukkan simptom penyakit tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Dia memaklumkan FIP yang berpunca daripada mutasi virus korona pada kucing, merupakan penyakit kronik dan atas faktor itu dia memilih untuk menidurkan haiwan berkenaan.

Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pencinta haiwan, khususnya mengenai pilihan rawatan, kos perubatan serta keupayaan pemilik dalam membuat keputusan terbaik demi kebajikan haiwan peliharaan mereka.

Sumber: Threads, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la. Aku takde la nak setuju sangat dengan apa dia buat (buat content tu), tapi tak semua orang mampu and sanggup nak berhabis duit untuk seekor kucing. Lagi2 kalau orang tu ada anak2 kecik yg still perlukan belanja. Kalau jenis single takde commitment ok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 03:51 PM | Show all posts
kalau geng2 si itik memang bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 08:00 PM | Show all posts
Over drama.. anak manusia x kesian pulak ko pisahkan rumah tangga mak pak dorg
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ditidurkan....konon nk bg ayat sedap...knp pembunuh kucing ni x tukar ayat bunuh kucing...helloooo sekelian  pembunuh kucing...ayat tidur tu maknanya akan bangun semula...ni MATI...bukan tidur
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekgadis16: Ntah la. Aku takde la nak setu ...
iman tu sah2 berduit...dpt apple sponsorship hari tu tayang2 buat content ipad bagai.. takde hati perut je gitu. Kalau ye pun x berduit biar dia mati naturally ...tapi jaga sebaik mungkin. Ni dia pegi bunuh kucing tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2025 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Euthanasia/mercy killing mana boleh dalam Islam. Kalau betul takde duit, bagi je kucing tu mati secara alami. Bagi dia selesa dengan tempat baring, makanan dan minuman pun dah cukup. Kalau kucing tu bergantung hidup pada mesin ke apa ye la boleh matikan bantuan dan biar dia mati. Si muka bulat yang selfish ni pergi bunuh dengan racun/overdose anaesthetic.
Dia mengaku bukan cat lover tapi tunggang isu kematian kucing. Takde langsung riak muka sedih kucing dia mati. Selamba je muka dia share gambar dan video kucing tu. Kalau betul dia sayang, takde nak buat macam tu. Bukan nak paksa berhabis duit, paksa suka kucing... Tapi aku menyampah manusia suka menunggang makhluk lain dan berlakon dia concern dan baik.
Laki dia cat lover?? Hahaha. Sama2 kaki tunggang kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimicomel replied at 26-12-2025 08:51 PM
iman tu sah2 berduit...dpt apple sponsorship hari tu tayang2 buat content ipad bagai.. takde hati p ...

Tula..sbb dia berduit..dgn menyeringai tayang iphone tu..masalahnya kucing tu siap leh berjalan2 lagi.. bkn terbaring dlm vegetative state
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2025 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimicomel replied at 26-12-2025 08:51 PM
iman tu sah2 berduit...dpt apple sponsorship hari tu tayang2 buat content ipad bagai.. takde hati p ...

Pada pendapat aku iman ni memang tak suka kucing. Duit, anak2 tu alasan je. Kalau makanan lebihan banyak, manusia yang tak suka kucing takkan bagi kucing liar yang lapar tu makanan sikit pun. Dalam hati diorang takde rasa kesian tengok kucing ni kecuali rasa menyusahkan je berak kencing merata.
Tapi iman ni lagi jijik sebab tunggang isu haiwan yang dia tak sayang pun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk follow acik ni punya gosip
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan janda syuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M: Ni bukan janda syuk ke

Iye sis bekas bini retis
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 26-12-2025 09:15 PM
Pada pendapat aku iman ni memang tak suka kucing. Duit, anak2 tu alasan je. Kalau makanan lebihan  ...

"Tapi iman ni lagi jijik sebab tunggang isu haiwan yang dia tak sayang pun."

Yasss..setuju .dia lg jijik dr bini shuk

Btw dia pernah ke post psl kucing tu kt ig dia? Honestly iols x penah perasan pun ada post pasal kucing kt ig dia..tup2 buat post nak PTS kucing..apooooo..bukan lumpuh pun kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mekgadis16 replied at 26-12-2025 12:52 PM
Ntah la. Aku takde la nak setuju sangat dengan apa dia buat (buat content tu), tapi tak semua orang  ...

Sebab tu lah, tak semua benda sesuai di jadi kan content.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekgadis16 replied at 26-12-2025 12:52 PM
Ntah la. Aku takde la nak setuju sangat dengan apa dia buat (buat content tu), tapi tak semua orang  ...

Ko tak paham konteks ni sbb kenapa org marah..
Kucing iman azman tu masih boleh bergerak and berjalan, masih aktif. So dia masih boleh dirawat and ada harapan utk sembuh.
Pasal kewangan pula, iman azman ni golongan t20. So bajet utk kucing sakit tu masih dlm kemampuan dia of course.
Bab masa, dia boleh je upah org utk jaga kan kucing dia, or ask for the volunteer. Atau tgglkan kat ward.
Dia ckp taknak kucing stress duduk dlm sangkar? Oh mann. Kucing aku 8 bulan duduk dlm sangkar sbb sakit sporo. Elok je gemuk sekarang.
Kalau mmg da hati sampai nak membunuh tu, mcm2 alasan la di bagi kan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 27-12-2025 11:37 AM
"Tapi iman ni lagi jijik sebab tunggang isu haiwan yang dia tak sayang pun."

Yasss..setuju .dia l ...

Betul tu.  Tak perasan pula dia letak gambar kucing. Banyak postings pasal anak2 dia dan lifestyles je sebelum ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 27-12-2025 11:37 AM
"Tapi iman ni lagi jijik sebab tunggang isu haiwan yang dia tak sayang pun."

Yasss..setuju .dia l ...

Tak pernah. Aishh aku memang join faceshaming imam tu dkt thread. Tak padan dengan rentung hati pun sama rentung
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pts pun diam2 je lah. Takyah broadcast satu dunia. Manusia ni pulak sakit tu penghapus dosa.


Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 11:28 AM | Show all posts
Harga ubat basmi FIP ni murah dah
sebotol dalam rm250
buy 1 free 1
tahun 2021 masa arwah kucing aku
sebotol rm450
aku guna dana sumbangan orang ramai di KitaFund
Ramai kawan2 aku yang derma
Kena cucuk hari2 selama 84 hari
Tapi kucing aku tewas
Aku sedih bila ingat kucing aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 11:19 AM | Show all posts
Dahsyat la pompuan gila ni bole masuk dalam bod carik..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.062161 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list