|
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulas lanjut ekoran penglibatan umat Islam bagi aktiviti ‘Secret Santa’. Boleh ke ikuti program secret santa? Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zulkifli Al-Bakri memaklumkan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti seperti Secret Santa. Ujarnya, umat Islam perlu berusaha untuk meminta pengeculian agar tidak menormalisasikan aktiviti agama Kristian. "Kami katakan bahawa menyertai program Secret Santa yang dianjurkan oleh syarikat adalah dilarang. "Kami sarankan agar saudara yang bertanya berusaha meminta pengecualian dari majikan tempat saudara bekerja atas dasar hormat kepada akidah dan keimanan terhadap agama Islam. "Menyertai program tersebut boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah tohmahan masyarakat Islam, seakan kita sememangnya berniat untuk menormalisasikan sambutan perayaan agama lain." Dalam pada itu, Zulkifli Al-Bakri turut mengingatkan supaya berhati-hati dalam setiap perkara bagi mengelakkan iman terjejas dan tidak terdorong ke arah yang bertentangan. "Kami nasihatkan agar berhati-hati apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan iman kita atau mendorong ke arah kekufuran. "Ingatlah bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad apabila berbuat syirik, dan syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. "Semoga keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan kita kerana perkara yang tidak kita ketahui, diampunkan oleh Allah SWT." Sumber: Threads @drzulkifli.albakri, Oh Bulan
|
B40tastePosh replied at 26-12-2025 12:43 PM
Sabahan dan Sarawakian apa pendapat mereka????
...
airfilterkotor replied at 26-12-2025 08:47 AM
Santa Kelaus itu fake, false religious innovation lagi bido'oh dalam Kristian.
Hat melayu yang kena ...
gigahertz replied at 27-12-2025 11:40 AM
I baru tahu manohara ex pangeran kelantan sudah kembali ke agama yesus




straycat replied at 28-12-2025 01:36 PM
Secret Santa tu aktiviti tukar-tukar hadiah je. Boleh je tukar nama lain, sebab aktiviti sebenar tak ...
cmf_almondpecan replied at 28-12-2025 05:42 PM
Setakat ni, belum ada kenalan saya yang buat aktiviti secret santa tu sebagai aktiviti keagamaan. Ma ...
cmf_almondpecan replied at 28-12-2025 01:42 AM
Setakat ni, belum ada kenalan saya yang buat aktiviti secret santa tu sebagai aktiviti keagamaan. Ma ...
masa saya kecil dahulu tengok soal jawab agama di tv ianya di haramkan FOTHER-MUCKER replied at 28-12-2025 07:40 PM
Oh my… bila saya Google masih ada masa saya kecil dahulu tengok soal jawab agama di tv ianya d ...

alesandra replied at 28-12-2025 03:55 AM
hak alohhh..mmg la lobai malaya kata haram sbb lobai malaya mazhab syafie.set2 keling pulak mazhab ...
FOTHER-MUCKER replied at 28-12-2025 08:24 PM
Muslim Asia selatan semejak sekian lama mereka bertindik hidung dan termasuk juga Muslim Middle Ea ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.217393 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.