CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 975|Reply: 25

Dr Zulkifli Mohamad Perjelas Isu Umat Islam Ikuti Aktiviti ‘Secret Santa’ – ‘Sarankan Agar Minta Pengecualian Dari Majikan’

[Copy link]
Post time 26-12-2025 12:38 PM | Show all posts |Read mode





Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulas lanjut ekoran penglibatan umat Islam bagi aktiviti ‘Secret Santa’.

Boleh ke ikuti program secret santa?





Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zulkifli Al-Bakri memaklumkan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti seperti Secret Santa.

Ujarnya, umat Islam perlu berusaha untuk meminta pengeculian agar tidak menormalisasikan aktiviti agama Kristian.

"Kami katakan bahawa menyertai program Secret Santa yang dianjurkan oleh syarikat adalah dilarang.

"Kami sarankan agar saudara yang bertanya berusaha meminta pengecualian dari majikan tempat saudara bekerja atas dasar hormat kepada akidah dan keimanan terhadap agama Islam.

"Menyertai program tersebut boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah tohmahan masyarakat Islam, seakan kita sememangnya berniat untuk menormalisasikan sambutan perayaan agama lain."

Dalam pada itu, Zulkifli Al-Bakri turut mengingatkan supaya berhati-hati dalam setiap perkara bagi mengelakkan iman terjejas dan tidak terdorong ke arah yang bertentangan.

"Kami nasihatkan agar berhati-hati apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan iman kita atau mendorong ke arah kekufuran.

"Ingatlah bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad apabila berbuat syirik, dan syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT.

"Semoga keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan kita kerana perkara yang tidak kita ketahui, diampunkan oleh Allah SWT."

Sumber: Threads @drzulkifli.albakri, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2025 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabahan dan Sarawakian apa pendapat mereka????

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 03:38 PM | Show all posts
Edited by BoongaKertas at 26-12-2025 07:41 AM

mohon teguran dato juga utk org yg memakai topi ala2 santa, menari keliling meja yg penuh hadiah dan gembira merayakan krismas serta sampai terlupa plak pakai tudung masa (rambut berwarna) sibuk menari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-12-2025 12:43 PM
Sabahan dan Sarawakian apa pendapat mereka????


"hanya 2 jer tempat kita tadaq masalah....
1.lawan komunis
2.lawan kiram & the gang
selain drp ni..duk rmh memasing jer....
Yg bonar:
chazey,simunggu,dani rox,belibis
        ...
      
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 04:47 PM | Show all posts
Santa Kelaus itu fake, false religious innovation lagi bido'oh dalam Kristian.
Hat melayu yang kena paksa buat mende gini, bagitau kat dorang kenapa you all ikut perkara yang tidak diendorsed oleh tuhan Yesus sempena hari kelahiran tuhan Yesus.

Di hari besar kelahiran tuhan Yesus, engkorang dengan selambe meraikan Santa Kelaus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 11:40 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 26-12-2025 08:47 AM
Santa Kelaus itu fake, false religious innovation lagi bido'oh dalam Kristian.
Hat melayu yang kena  ...

I baru tahu manohara ex pangeran kelantan sudah kembali ke agama yesus

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Secret Santa tu aktiviti tukar-tukar hadiah je. Boleh je tukar nama lain, sebab aktiviti sebenar takde libatkan apa-apa akidah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 27-12-2025 11:40 AM
I baru tahu manohara ex pangeran kelantan sudah kembali ke agama yesus

Sebab Allah Yesusku mengerti



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
straycat replied at 28-12-2025 01:36 PM
Secret Santa tu aktiviti tukar-tukar hadiah je. Boleh je tukar nama lain, sebab aktiviti sebenar tak ...


Setuju jadi kita tukar tukar hadiah bulan may la buat masa hari buruh kenapa nak buat december kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni, belum ada kenalan saya yang buat aktiviti secret santa tu sebagai aktiviti keagamaan. Malah kebanyakannya bukan Kristian pun. Tujuan diadakan adalah untuk bersuka ria. Malah katanya dalam agama Kristian pun memang tiada amalan ibadah yang bernama secret santa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi santa claus tu bukan termasuk dlm perayaan hari natal termasuklah tukar2 hadiah, pokok krismas bagai tu
Nih ummah kristen sendiri yg ckp
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-12-2025 05:42 PM
Setakat ni, belum ada kenalan saya yang buat aktiviti secret santa tu sebagai aktiviti keagamaan. Ma ...


Betul tu, santa claus bagai tu semua serupa pasang pelita, gantung kad raya, nyanyi lagu raya, bagi duit raya, main bom, makan ketupat, baju sedondon
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 07:32 PM | Show all posts
tukar -tukar la hadiah masa annual dinner  ke hapa.kenapa harus semasa xmas.ada je alasan buat benda2 takde pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 07:34 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-12-2025 01:42 AM
Setakat ni, belum ada kenalan saya yang buat aktiviti secret santa tu sebagai aktiviti keagamaan. Ma ...

Mungkin lebai Malaya baru nak kenal apa itu Secret Santa, dulu dulu bertindik hidung juga di haramkan oleh lebai kerana kata mereka itu menyerupai sesatu kaum kerana lama dahulu lebai lebai Malaya hanya nampak indian hindu sahaja yang bertindik hidung. Tapi apabila dunia lebai semakin luas baru mereka nampak itu bukanlah budaya penganut agama hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 07:40 PM | Show all posts
Oh my… bila saya Google masih ada masa saya kecil dahulu tengok soal jawab agama di tv ianya di haramkan

Ya, pendapat bahawa tindik hidung hukumnya haram dalam Islam adalah antara pandangan ulama, terutama mazhab Syafi'i, kerana ia dianggap menyerupai adat golongan bukan Islam (termasuk Hindu) yang mempunyai unsur keagamaan atau ritual, serta bukan kebiasaan (urf) perhiasan yang dibenarkan syariat; namun, pandangan mazhab lain seperti Hanafi dan Maliki membenarkannya jika ia menjadi kebiasaan setempat, tidak membahayakan, dan untuk berhias diri (bukan ritual), tetapi majoriti ulama menetapkan hukumnya haram kerana unsur tasyabbuh (penyerupaan).
Sebab Diharamkan (Mazhab Syafi'i dan kebanyakan ulama)
Tasyabbuh (Penyerupaan): Ia menyerupai amalan golongan agama lain (seperti Hindu) yang berkait dengan ritual atau keagamaan, bukan sekadar perhiasan biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 07:55 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 28-12-2025 07:56 PM
FOTHER-MUCKER replied at 28-12-2025 07:40 PM
Oh my… bila saya Google masih ada masa saya kecil dahulu tengok soal jawab agama di tv ianya d ...

hak alohhh..mmg la lobai malaya kata haram sbb lobai malaya mazhab syafie.set2 keling pulak mazhab hanafi ..so mmg laaa diorg cenderung ke arah pendapat itu.mungkin ada sentimen sentimental terhadap budaya nenek moyang?ikut jela pendapat mazhab masing2.beriya protes sgt ni kenapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2025 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ubat batuk pun ada al-kuhul, tapai tu lagi tinggi kandungan al-kuhulnya

tapai tu lagi tinggi kandungan al-kuhulnya, pernah difatwakan haram dak?

tapai always lebih tinggi kandungan al-kuhulnya berbanding mana-mana arak.

dan ahli-ahli  are-lame ularmak yang bermuzakar pun jenis pelahap tapai, so tapai special case, sengaja dihalalkan. Satu-satunya benda haram yang sengaja dihalalkan.


http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10258
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 08:24 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-12-2025 04:46 AM
alesandra replied at 28-12-2025 03:55 AM
hak alohhh..mmg la lobai malaya kata haram sbb lobai malaya mazhab syafie.set2 keling pulak mazhab  ...

Muslim Asia selatan semejak sekian lama mereka bertindik hidung dan termasuk juga Muslim  Middle Eastern.

Apa ke jadahnya kata kerana ia dianggap menyerupai adat golongan bukan Islam (termasuk Hindu) yang mempunyai unsur keagamaan atau ritual.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukaq pada secret Seman pun buleh
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 09:24 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 28-12-2025 08:24 PM
Muslim Asia selatan semejak sekian lama mereka bertindik hidung dan termasuk juga Muslim  Middle Ea ...

kalau dah terpaling  pandai google hukum bertindik  hidung dlm islam.takkan  tetiber tak boleh  google  nose piercing in hindu kots
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055354 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list