|
ISTANBUL: Kebergantungan global yang semakin meningkat terhadap sebuah negara tunggal bagi bekalan mineral kritikal menimbulkan risiko serius terhadap keselamatan tenaga dan berpotensi mencetuskan ketegangan antarabangsa seawal 2026.
Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol, berkata sebuah negara kini mendominasi pasaran mineral kritikal dengan menguasai antara 70 hingga 80 peratus bekalan, sambil menyifatkan ketidakseimbangan itu sebagai antara risiko paling serius yang dihadapi sistem tenaga global. "Tidak wajar bergantung kepada satu negara. Risiko perlu dikurangkan dengan mendapatkan bekalan minyak, gas asli, mineral kritikal dan bahan api nuklear daripada sebanyak mungkin negara berbeza. "Saya fikir ketegangan serius antara negara berkaitan mineral kritikal boleh berlaku pada 2026," katanya. Birol berkata, Turkiye berpotensi meraih manfaat daripada usaha global untuk mempelbagaikan rantaian bekalan, dengan mengambil kira negara itu memiliki rizab beberapa mineral kritikal serta pengalaman dalam mengurus sektor tenaga yang kompleks. Namun, beliau menegaskan pembangunan mesti mengambil kira pertimbangan alam sekitar dan geologi. "Usaha global untuk bekerjasama dengan negara selain China dan mempelbagaikan sumber bekalan membuka peluang kepada Turkiye," katanya. Menurut Laporan Tinjauan Global Mineral Kritikal IEA 2025, China adalah penapis utama bagi 19 daripada 20 mineral strategik utama, dengan purata pegangan pasaran sekitar 70 peratus. Ketika persaingan global semakin sengit, Turkiye bukan saja menempatkan dirinya sebagai negara kaya sumber, malah muncul sebagai pengeluar mineral bernilai tambah yang penting kepada ekonomi tenaga bersih. Menggambarkan 2025 sebagai tahun yang mencabar bagi pasaran tenaga, Birol berkata, ketegangan geopolitik kini semakin berkait rapat dengan sektor tenaga, sekali gus mempengaruhi harga dan bekalan hampir semua jenis bahan api. "Paling penting, dunia kini menerima isyarat bahawa tahun-tahun mendatang berpotensi menjadi amat mencabar bagi mineral kritikal. "Mineral kritikal digunakan dalam hampir setiap sektor ekonomi hari ini dan dalam konteks itu, kita mungkin berdepan masalah serius membabitkan mineral seperti tembaga, zink dan magnesium," katanya. - AGENSI Sumber : BH
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.633763 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.