CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 223|Reply: 2

Kebergantungan mineral kritikal boleh cetus ketegangan mulai 2026

[Copy link]
Post time 26-12-2025 11:58 AM | Show all posts |Read mode




ISTANBUL: Kebergantungan global yang semakin meningkat terhadap sebuah negara tunggal bagi bekalan mineral kritikal menimbulkan risiko serius terhadap keselamatan tenaga dan berpotensi mencetuskan ketegangan antarabangsa seawal 2026.

Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol, berkata sebuah negara kini mendominasi pasaran mineral kritikal dengan menguasai antara 70 hingga 80 peratus bekalan, sambil menyifatkan ketidakseimbangan itu sebagai antara risiko paling serius yang dihadapi sistem tenaga global.

"Tidak wajar bergantung kepada satu negara. Risiko perlu dikurangkan dengan mendapatkan bekalan minyak, gas asli, mineral kritikal dan bahan api nuklear daripada sebanyak mungkin negara berbeza.

"Saya fikir ketegangan serius antara negara berkaitan mineral kritikal boleh berlaku pada 2026," katanya.

Birol berkata, Turkiye berpotensi meraih manfaat daripada usaha global untuk mempelbagaikan rantaian bekalan, dengan mengambil kira negara itu memiliki rizab beberapa mineral kritikal serta pengalaman dalam mengurus sektor tenaga yang kompleks.

Namun, beliau menegaskan pembangunan mesti mengambil kira pertimbangan alam sekitar dan geologi.

"Usaha global untuk bekerjasama dengan negara selain China dan mempelbagaikan sumber bekalan membuka peluang kepada Turkiye," katanya.

Menurut Laporan Tinjauan Global Mineral Kritikal IEA 2025, China adalah penapis utama bagi 19 daripada 20 mineral strategik utama, dengan purata pegangan pasaran sekitar 70 peratus.

Ketika persaingan global semakin sengit, Turkiye bukan saja menempatkan dirinya sebagai negara kaya sumber, malah muncul sebagai pengeluar mineral bernilai tambah yang penting kepada ekonomi tenaga bersih.

Menggambarkan 2025 sebagai tahun yang mencabar bagi pasaran tenaga, Birol berkata, ketegangan geopolitik kini semakin berkait rapat dengan sektor tenaga, sekali gus mempengaruhi harga dan bekalan hampir semua jenis bahan api.

"aling penting, dunia kini menerima isyarat bahawa tahun-tahun mendatang berpotensi menjadi amat mencabar bagi mineral kritikal.

"Mineral kritikal digunakan dalam hampir setiap sektor ekonomi hari ini dan dalam konteks itu, kita mungkin berdepan masalah serius membabitkan mineral seperti tembaga, zink dan magnesium," katanya. - AGENSI

Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bumbung Zink naik harga lah nanti ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 01:32 PM | Show all posts
alaa cakap aje lah nak naikkan harga, nak jual mahal....
tak payah konar baring cakap mineral kurang lah itu lah ini lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.837179 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list