|
Kuala Lumpur: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa menyatakan usaha merujuk kes Titah Adendum ke mahkamah adalah jalan terakhir bapanya selepas usaha mendapatkan pengesahan dari pelbagai pihak tidak diterimanya.
Beliau berkata, ia bukanlah pilihan utama bapanya dengan membawa perkara ini ke mahkamah, sebaliknya mahu menyelesaikannya secara tertutup, melalui cara diplomatik, tanpa perhatian umum. "Beliau (Najib) memahami sensitiviti isu ini dan tidak mahu meletakkan mana-mana pihak dalam keadaan sukar, termasuk kerajaan. "Namun, selepas tiga bulan berusaha mendapatkan maklumat dan menulis kepada kementerian serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO), beliau tidak berjaya memperoleh jawapan diperlukan. Surat-surat beliau tidak mendapat sebarang maklum balas," katanya di Facebook. Beliau berkata, pada tahap ini sekalipun, bapanya masih keberatan untuk membawanya ke mahkamah kerana sedar apabila ia didedahkan kepada umum, sensitiviti akan timbul memandangkan sudah wujud cubaan untuk menyembunyikan kebenaran. "Sejauh mana pihak-pihak yang tidak mahu adendum terbabit didedahkan akan bertindak bagi memastikan hak Najib tidak diberikan dan dalam proses itu, mencabar tonggak-tonggak asas negara kita? "Ia adalah satu proses panjang (hampir dua tahun) dan berlarutan, penangguhan, pengurusan kes, permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman serta proses rayuan. Semuanya hanya untuk diberitahu oleh mahkamah bahawa adendum diraja itu wujud tetapi tidak sah," katanya. Nooryana berkata, sekiranya pihak berkuasa membalas surat Najib pada Januari atau Februari 2024 menyatakan, menerima satu titah diraja tetapi tidak percaya ia boleh dikuatkuasakan atas sebab tertentu, ia sudah tentu dapat menjimatkan masa serta kos terpaksa ditanggung untuk merujuk perkara ini ke mahkamah. "Saya juga sangat percaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 tidak akan mengeluarkan titah baginda tanpa nasihat Peguam Negara. Tambahan pula, adendum itu ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu. "Jika tindakan Agong tidak selaras dengan undang-undang atau perlembagaan, sudah pasti sebagai Peguam Negara, anda akan menasihati baginda sebaliknya dan mencari alternatif lain," katanya. Katanya, kes ini sudah menunjukkan apabila tiada pihak yang mengambil tanggungjawab atas tindakan mereka, maka pelbagai komplikasi akan timbul, memaksa emosi akan memuncak dan kekecewaan yang terpendam akan meletup. "Mengawalnya dengan hanya meminta ketenangan dan kesabaran tidak akan meredakan keadaan. Datuk Seri Najib sentiasa berpegang teguh untuk menghadapi segala cabaran secara berprinsip. Beliau menganggap pilihan untuk melarikan diri daripada apa yang beliau ketahui sebagai penganiayaan politik adalah satu tindakan pengecut. "Oleh itu, beliau tekad untuk memastikan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku. Saya yakin biarpun beliau amat kecewa, beliau akan terus berjuang dengan sepenuh kudratnya demi menegakkan keadilan. "Sebagai seorang anak, apa yang mampu saya doakan beliau dikurniakan kesihatan yang baik pada usia 72 tahun ini, supaya dapat menghadapi segala cabaran dengan fikiran jernih dan hati yang tabah," katanya. Sumber: - Harian Metro
|
. 

kemaruk replied at 25-12-2025 01:51 AM
Naratif berubah rubah
Titah YDPA pon boleh diendahkan, apatah lagi suara rakyat.. itulah madani

stingerkaypoh replied at 24-12-2025 11:52 PM
Spin jgn tak spin..Undang2 tahanan rumah ada ke kat Msia ni nyahh???
kemaruk replied at 25-12-2025 01:53 AM
Yang bertitah najib tahanan rumah tu YDPA, bukan nyah
stingerkaypoh replied at 25-12-2025 12:00 AM
Perkara 42 ko baca ke? Ketua Komisioner Penjara kata apa nyah?
kemaruk replied at 25-12-2025 02:07 AM
Bukan bangkem atau naiib yang buat addendum tu
Ko nak kata ex agong tak baca perkara 42 ke

stingerkaypoh replied at 25-12-2025 12:08 AM
Kenapa hakim baca Perlembagaan Persekutuan Perkara 42 (4) (11) & (48) nyah?
kemaruk replied at 25-12-2025 02:15 AM
Ko masih keliru kot
Keputusan hakim itu adalah tolak titah arahan YDPA
stingerkaypoh replied at 25-12-2025 12:16 AM
Kenapa ditolak nyah? Kenapa Ketua Komis Penjara tak keluarkan surat?
Cacat ke nyah?
kemaruk replied at 25-12-2025 02:21 AM
yang ditolak adalah permintaan YDPA.. itu antara mahkamah dan sultan pahang
stingerkaypoh replied at 25-12-2025 12:22 AM
Lembaga Pengampunan 'tahanan rumah' siapa ketua Nyah..wakilnya siapa nyah?
kemaruk replied at 25-12-2025 02:29 AM
ketua lembaga pengampunan ialah YDPA
yang mohon najib tahanan rumah tu YDPA
stingerkaypoh replied at 25-12-2025 12:30 AM
Ye ke YDPA mohon nyah? Apa akta tahanan rumah nyah? Kalau cukup syarat kenapa naik court nyah? Buka ...

kemaruk replied at 25-12-2025 02:47 AM
ko masih di naratif takuk lama ke yakni titah addendum tahanan rumah oleh YDPA adalah hearsay?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062310 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.