|
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengambil inisiatif baharu dengan menampilkan Biduaniti Negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyampai maklumat cuaca kali ini. Menerusi video ringkas yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, Datuk Siti Nurhaliza tampil ringkas dengan pakaian formal serba hitam dan solekan nipis. "Saya Siti Nurhaliza dari studio MetMalaysia, bersama untuk menyampaikan info berkenaan Monsun Timur Laut. "Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh telah bermula pada November dan berterusan sehingga Mac. Kita akan merasa cuaca yang lebih lembap semasa November hingga Januari, terutamanya di negeri-negeri Timur Semenanjung, Laut Sabah dan juga Barat Sarawak," lapor beliau. Kelihatan anggun dengan mengenakan hijab berwarna cerah, Datuk Siti Nurhaliza turut mengulas tentang kewujudan vortex di rantau negara akibat tekanan rendah.
|
jalfa replied at 24-12-2025 07:10 PM
Esok pemenat suruh bailah pulak baca

pocongkiutss replied at 24-12-2025 07:13 PM
Nampak bulat kat gambar ni..tp hari tu nampak dia depan2 idok ler sebulat ini
dua_chzy replied at 24-12-2025 08:35 PM
Korang kata Siti ada DNA India/Mamak kan.
Ha kat gambar/video tu ketara muka dia memang bukan muka ...
sharlenetexas replied at 24-12-2025 01:03 PM
Belah ayah dia.
sharlenetexas replied at 24-12-2025 05:26 PM
Tokti senyum macam alya iman
likilu replied at 25-12-2025 12:57 AM
Kalau alya nampak ori gigi kecik muka xde modified kan
Tapi tokti dulu elok senyum nya tp sejak s ...
TomyamPuteh replied at 25-12-2025 09:02 PM
Suara pengacara yg plg best setakat ini selepas Normala Samsudin bagi aku adalah Fiza Sabjahan.Denga ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.042040 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.