CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1401|Reply: 23

Anggun & Bergaya, Tokti Muncul Sampaikan Perkembangan Cuaca & Monsun Timur Laut

[Copy link]
Post time 24-12-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode





Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengambil inisiatif baharu dengan menampilkan Biduaniti Negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyampai maklumat cuaca kali ini.

Menerusi video ringkas yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, Datuk Siti Nurhaliza tampil ringkas dengan pakaian formal serba hitam dan solekan nipis.

"Saya Siti Nurhaliza dari studio MetMalaysia, bersama untuk menyampaikan info berkenaan Monsun Timur Laut.

"Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh telah bermula pada November dan berterusan sehingga Mac. Kita akan merasa cuaca yang lebih lembap semasa November hingga Januari, terutamanya di negeri-negeri Timur Semenanjung, Laut Sabah dan juga Barat Sarawak," lapor beliau.

Kelihatan anggun dengan mengenakan hijab berwarna cerah, Datuk Siti Nurhaliza turut mengulas tentang kewujudan vortex di rantau negara akibat tekanan rendah.




"ada masa yang sama, terdapat sistem udara bertekanan tinggi di Siberia," jelas beliau sambil menoleh ke arah skrin ketika menunjukkan lokasi tersebut.

Mengulas lanjut, penyanyi tersohor itu membincangkan tentang luruan monsun yang berlaku disebabkan pergerakan angin sejuk dari Siberia dengan luruan angin timuran dari Pasifik, kemudian bertembung di rantau Malaysia.

"Disebabkan itu, hujan lebat, angin kencang serta ombak besar berlaku khususnya di Pantai Timur Semenanjung. Keadaan ini berpotensi mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah dan berisiko," jelas beliau.

Datuk Siti Nurhaliza turut menitip pesan buat orang ramai agar peka dengan perkembangan cuaca terkini. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang dan aplikasi rasmi MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya teruja menonton video makluman cuaca berkenaan.

"Jadi penyampai cuaca pun macam dengar lagu merdu," ujar warga maya.

"Selalu saya skip ja. Tiba-tiba Dato Siti, melekat kejap tengok," kata salah seorang

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),Siakap Keli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2025 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokti senyum macam alya iman


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 05:46 PM | Show all posts
terpaksa la iouls pi tgk jap gi ramalan cuaca...selalu buat2 tak endah jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa sebelum2 ni pun tokti penah jadi penyampai metmalaysia ni. Kalau tak silap meols la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 06:52 PM | Show all posts
comel je
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok pemenat suruh bailah pulak baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bulat kat gambar ni..tp hari tu nampak dia depan2 idok ler sebulat ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 24-12-2025 07:10 PM
Esok pemenat suruh bailah pulak baca

Janganlahhhhhhhhhh sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2025 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 24-12-2025 07:13 PM
Nampak bulat kat gambar ni..tp hari tu nampak dia depan2 idok ler sebulat ini

Ozempic ni sekejap kurus sekejap gemokkah?


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 08:28 PM | Show all posts
kalau suara tu dah sedap.. tak yah nyanyi. bercakap je pun merdu je bunyi nya.
camne ya tok ti marah anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 24-12-2025 12:36 PM

Korang kata Siti ada DNA India/Mamak kan.

Ha kat gambar/video tu ketara muka dia memang bukan muka Melayu asli macam Ummi Nazeera.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-12-2025 08:35 PM
Korang kata Siti ada DNA India/Mamak kan.

Ha kat gambar/video tu ketara muka dia memang bukan muka  ...

Belah ayah dia.


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-12-2025 01:03 PM
Belah ayah dia.

Nampak la facial features tu lain. Huntong Siti ngan Saida sebab dapat DNA cantueks.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-12-2025 05:26 PM
Tokti senyum macam alya iman

Kalau alya nampak ori gigi kecik muka xde modified kan

Tapi tokti dulu elok senyum nya tp sejak sejak bermenantukan retis penjual tudung tu sama sama bibir jap kembung jap kempis
Pastu asek asek kemam bibir mcm foreign object situ tak selesa
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman mco dulu2 masuk tv gak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 25-12-2025 12:57 AM
Kalau alya nampak ori gigi kecik muka xde modified kan

Tapi tokti dulu elok senyum nya tp sejak s ...

Sbb tu ka mulut tokti lain macam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara pengacara yg plg best setakat ini selepas Normala Samsudin bagi aku adalah Fiza Sabjahan.Dengar dia sembang sembang santai pun dh sedap .Mengacara apa tah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 25-12-2025 09:02 PM
Suara pengacara yg plg best setakat ini selepas Normala Samsudin bagi aku adalah Fiza Sabjahan.Denga ...

Fiza ni pernah jadi hos nona ke? Sbb tgk maya, jahlop, ameera, lagi sape tu buat rancangan nampak lemau sangat. Mungkin boleh suggest fiza jadi hos nona.


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 09:57 AM | Show all posts
nie video lama lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2025 09:59 AM | Show all posts
Jabatan Meteorologi Malaysia
@metmalaysia
·
Dec 21, 2022
Penampilan istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza di MET Malaysia untuk rakaman laporan cuaca terkini dan informasi Monsun Timur Laut (MTL).

Jaga diri dan berhati-hati ketika Monsun Timur Laut (MTL).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.085333 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list