|
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 47, meluangkan masa menziarah seorang peminat setia dikenali Fadzil Sitizoner yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.
Berita sedih yang menimpa Fadzil itu dikongsi pemilik akaun, Rara Nurhaliza di TikTok miliknya yang memaparkan foto Siti bersama pengurus peribadi, Rozi Abdul Razak menziarah lelaki itu. Menerusi kapsyen ditulis, Rara memohon kepada sesiapa sahaja yang mengenali Fadzil agar bersama-sama mendoakan kesembuhan kesihatannya kerana masih dalam pemantauan doktor. "Mohon semua doakan Fadzil Sitizoner. Buat masa sekarang, Fadzil berada di ICU dan memerlukan pemantauan rapi oleh pihak hospital. "Kita Sitizoner sebagai keluarga sangat mengharapkan doa daripada semua agar Fadzil diberikan kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan. "Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Sayang Sitizoners semua," tulisnya. Bagaimanapun, tidak dimaklumkan secara lanjut Fadzil dirawat di ICU itu kerana sakit dihidapinya. Namun, difahamkan Fadzil adalah salah seorang tulang belakang kelab peminat Sitizoners yang peramah, mesra dan rajin membantu dalam penganjuran majlis amal diadakan kelab berkenaan. Kehadiran Siti yang menziarah Fadzil di hospital disifatkan ahli kelab peminatnya sebagai tanda prihatin daripada penyanyi kesayangan mereka yang menghargai sokongan peminat terhadap kariernya. Hubungan erat Siti bersama kelab peminatnya secara tidak langsung jelas menunjukkan betapa kerjaya seni penyanyi tersohor ini mampu bertahan dan relevan hingga sekarang kerana keupayaan menyantuni peminat dengan baik. Sumber: BH
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.465772 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.