CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain perkenal tudung magnet untuk polis wanita

24-12-2025 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 418| Komen: 7

 



LONDON – Polis Britain bakal memperluaskan penggunaan tudung bermagnet dalam usaha menarik minat lebih ramai wanita beragama Islam menyertai badan beruniform tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

‘Tudung Cahaya Biru’ itu dihasilkan daripada dua helai kain yang dilekatkan dengan kancing pelepas-cepat bermagnet.

Sistem itu direka bagi membolehkan bahagian bawah tudung tertanggal tanpa mendedahkan rambut anggota sekiranya ia ditarik semasa konfrontasi dengan suspek.

Tudung tersebut telah diedarkan kepada setiap anggota  yang layak bagi pasukan Polis Leicestershire, dan bakal diikuti oleh pasukan lain.

Tudung itu dihasilkan dan direka oleh Polis Leicestershire dengan kerjasama Universiti De Montfort.

“Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan dengan betul. Kami telah menyelesaikan ujian pertempuran di Enderby dengan anggota wanita memakainya dan ia tahan lama.

“Bahagian bawah tudung dapat ditanggalkan dan anggota  tersebut dapat menjaga maruahnya,” kata Detektif Sarjan Yassin Desai yang menerajui kempen tersebut. – AGENSI 


Sumber : - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 24-12-2025 04:31 PM
Terbaik..
Quote Decaffeinated 24-12-2025 04:35 PM
Nanti kalau kena tangkap dengan polis pakai tudung boleh try bagi salam
Quote sharlenetexas 24-12-2025 10:34 PM
Macam magnet brooch


Quote kemaruk 24-12-2025 11:47 PM
Mana manalah

Asalkan tak jadi pedoman
Quote cmf_jeangrey 25-12-2025 03:16 AM
Well done..nk buat tudung pun kena ada R&D
Bukannya OEM, kroni, asalkan ada

Quote B40tastePosh 25-12-2025 03:37 AM
Canggih, ingat dulu ada artikel pasal seorang perempuan Islam di UK kena ubah suai topi untuk pakai tudung, sebab orang Inggeris terima pemakaian topi oleh perempuan, zaman tu masih Islamphobia di UK kot.
Quote Tinot7 25-12-2025 07:24 AM
Takde bideo utk demo ka?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.450325 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top